Wooo.... hebat betul serangan transformers kali ni. habis semua hall disapunya. itu pun belom dapat menampung permintaan ramai.
Aku pun tergolong laa jugak dalam lautan manusia yang terhegeh2 nak dapatkan tiket. Padahal aku dah tahu semua tiket sold out. siangnya aku dah call semua cinema, jadik aku dah dapat jangkakan kekecewaan yg bakal aku hadapi.
After office hour, amik cik imaan dari sekolah trus ke cineleisure damansara. nak dapat parking pun payah. finally ada jugak.
Memang seperti yg kujangka, tiket sold out. yang ada pon seat tak menarik. alaaa seat yang betul2 kat depan screen tuh. issshhh....tak sanggup aku mendongak for about 2 hrs.
Dgn pantasnya, aku made up my mind... beli aje yg next week punye. tentu2 aku boleh choose time & seat yg aku suka. untuk pakej yg lengkap, 3 tiket dah dibeli.
Bila dah beli, alamak!!! baru teringat on that day cik papa tak de pulak. eemmmpphh... so 1 seat is open to sapa2 yg nak.... dan boleh pergi.
So sudahnya, bukan outing tengok transformers tapi dinner kat ikea bersama-sama. tak kisahlah tujuan outing tuh apa, tapi yang penting pakej tuh lengkap.
Ada mama, papa dan cik imaan....
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Thursday, June 25, 2009
Autobot VS Decepticon
Posted by Che Tee at 3:52 PM 0 comments
Tuesday, June 23, 2009
Report Card Day....
Semalam merupakan report kat day kat sekolah cik imaan. aku secara rasminya telah dijemput dgn surat bercop guru besar lagi.
Cik imaan pon dah sound banyak kali, mama mesti datang jumpa cikgu tau. of cos laa tanpa keraguan, aku akan pergi......
Pukul 2.15 ptg, aku muncul kat sekolah dgn cik papa.
Semua result rasmi untuk peperiksaaan pertengahan tahun, dah dapat. cik imaan dapat no 19 with overall marks is 90%. budak yang dapat no satu dapat 98%. ok laa tuh. still 90 lagi. lagipun, difference dia x banyak pon.
Tapi, sepanjang aku perhatikan semalam, semua student sungguh gembira hati mereka. macam ada occasion ape jer. Riang ria betul.....
Bila aku imbas balik time aku dulu2. kalau hari FAMA datang sekolah nak amik repot kad, woooooww.... itulah hari yang paling ditakuti dalam dunia. x de mana nye nak berlari-larian ke sana sini. itu yang kalau dapat merah aje.... haaa mula laaa rasa macam nak tiru sign tuh. tapi so far aku x penah laa tiru. cuma RASA nak tiru.
Kalau FAMA ada hal sampai x bley pegi sekolah.... yeaayy sungguh gumbira sekali. tapi itu jarang2 dan kadangkala macam sungguh mustahil untuk terjadi.
Berbeza betul zaman dulu dgn zaman skrang. x de langsung perasaan takut ke, cuak ke, berdebar ke...... semuanya seperti hari2 biasa saje. malah dorang rasa sungguh gembira sebab lepas amik repot kat trus boleh balik rumah. HHmmmmm........
Petangnya, aku menjalankan operasi dgn cik imaan. operasi basuh kereta. aku basuh dgn sabun, cik imaan siram air. lama2, bukan siram kereta dah, tapi siram mamaaaaaaa!!!!!
Aku sebenarnya bukan rajin sangat nak basuh kereta tu. Kalau aku basuh kat aneer station minyak esso tu, 8 hengget aje dia cas. tapi kegembiraan untuk bersama-sama dgn cik imaan itu yang aku nanti-nantikan.
Bukan main lagi dia berlari2 kat kawasan yg sekangkang kera tuh. Terkekek2 ketawa bila dah kena sembur dgn aku.....
Katanya, nak basuh kereta lagi. Aku ingat next week laaa... penat wooooooo!!!!
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 3:14 PM 0 comments
Monday, June 22, 2009
MANA SETANGGINYA....
Baru aje sebentar tadi aku pegi tengok karya Sasterawan Negara ke-7, Dato' Noordin Hassan yang bertajuk 'Mana setangginya...' di Panggung sari, Istana Budaya.
Malam ini merupakan hari yang terakhir untuk persembahan teater tersebut.
Macam biasa, bagi aku yg memang meminati teater nih.... amat menarik sekali. Tetapi kalau x suka layan teater, mmg perasaan boring akan naik ditahap gaban.
Tapi aku ada pengikut baru....cik imaan tanya soalan "mama, nanti ada x mana setangginya 2? Imaan nak tengok."
Aaaaa???!!! siap nak tgk mana setangginya 2 tuh. dia ingat ni cerita bersiri ke??
Aku mmg x menjangkakan langsung soalan sebegitu nak terkeluar dr mulut dia.
Pada pandangan aku, dia mesti boring betul tengok teater yg mesejnya amat berat sekali. biasa laaa, sasterawan negara yg buat. mmg ler jln cerita tu sungguh sastera sekali!
Dan cik imaan x terlelap walaupun sesaat. x rugi duit mama. (kalau laa aku berumur 7 tahun, SURE MESTI AKU TIDO!!! )
Okeh, aku malas betul nak komen bnyk2 pasal teater ni. Carik laa sendiri komen ke sinopsis ke, kat dlm website mana2.
Apa yg aku pasti, BEST.....!!!!!
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 12:02 AM 2 comments
Sunday, June 21, 2009
Father's Day....
Happy Father's Day Abah!!!!!
Thank u for being such a great father.
Thank u for being a good listener.
Thank u for always being there.
Thank u, thank u, thank u...!!!
Oooo Allah, i'm so grateful to have this man in my life...ameen!!
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 11:48 PM 0 comments
Thursday, June 18, 2009
Cik Imaan bengang.....
This is about cik imaan's blog yang bertajuk 'first time traviling alone' (sebijik mcm dlm blog penulis yer). untuk memahami cerita ini, haaa silalah ke blog cik imaan yer...
Pagi ni, sampai aje di ofis, teringat nak check blog cik imaan. eemm well.... banyak jugak entry yg dah updated. tapi latest entry tuh macam pelik aje aku tengok. ada tajuk tapi isinya.... hanya si penulis sahaja yg mengetahui.
Bila aku ingat2 kan balik.... ooowwh ada satu malam yg hening, aku tengok dia semangat betul nak update blog.
Siap makan cepat2, mandi cepat2, buat homework ape semua.... trus ngadap pc.
aku macam biasa ada kat dapur.
settle semua chores kat dapur, aku intai cik imaan....
Aaaiiikkkss!!! tgh temenung atas katil dah. aku tanya apsal, dia jawab "Imaan nak sgt update blog tu.... tapi imaan x tahu tulis macam mana....., boleh x mama tolong buatkan??"
Opppsss.... nope. I'm sorry. Blog Imaan, Imaan yg kena update. x aci laa kalu mama yg updatekan. nanti org baca, dia ckp eh.... budak ni punye blog bukan dia tulis sendiri nih. mak dia yg tulis..... bla..bla...bla...
Banyak laaa argument mlm tuh. last2, mcm biasa mestilaa mama juara!
Yg sebenarnya, dia teramatlah penat hari tuh. aku tahu laaa.... jadik idea x dtg2. tambah pulak dia nak aku teman dia mlm tu tapi aku nk siap kan kerja2 kat dapur dulu.
Kesian anak mama. nantilah, aku coba bg semangat kat dia.... so that she will continue the story for that entry. menarik bangat cerita tuh.
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 10:28 AM 3 comments
Monday, June 15, 2009
Drinking water....
I'm back!! Time of arrival 12.11 midnite. Woisshh penat sungguh seluruh anggota badan aku ni. Semua jenis sengal ada.... sengal kat mata, lengan, kaki,..... semua laa kiranya. Sampai laa ni pun, leher aku macam terlari sket alignment dia. Itu belom lagi amik turn bawak kereta.
*************************************************************************************
Lately nih aku sebok laa memikirkan pasal nak beli water filter yang baru. Zaman dolu2 aku dah penah guna Nesh water.... tapi aku rasa x berapa nak best.
End of last year aku pi beli plak filter Backfree. Satu, macam roket yang duduk kat luar rumah, satu lagi kat dapur. Still aku rasa air yang aku minum direct dari paip tuh x menarik perisanya.
Kadang2 ada perisa macam klorin...kadang2 rasa macam karat... tapi masa aku beli dulu, mmg salesgirl tuh dah bagitau, air nih kalu nak minum...boleh aje tapi untuk kanak2 x sesuai. Aku rasa brand bacfree nih bagus untuk filter yg macam roket tu. Yang indoor punyer dorang blom expert lagi.
At first, aku malas laa nak melayan perasaan ala-ala kemewahan tu. Tapi makin lama, aku rasa air tu dah x sesuai diminum oleh cik Imaan. Dah laa setahun masuk wad dalam 3-4 kali.
Bila aku buat statistik yang agak detail, pada firasat aku mungkin datang dari air minuman. Sebab cik Imaan mana ada makan junk foods. Coklat x makan, sweets x makan, soda drinks x minum, fast food kureng, jadik amat jelas sekali....
AIR MINUMAN YANG MENJADI PUNCANYA.
Jadiknya, aku nak berikhtiar laa nih. Aku nak carik filter untuk drinking water. Walaupun reganya ribuan hengget.... tapi semua tu x boleh diganti dgn kesihatan aku sekeluarga.
CUMA masalahnya sekarang, apakah jenama yang paling bagus untuk dibeli...??????? Aku 'keliru'.
p/s: hey guys..... kalau ada masa, bukak laa blog ni imaan-amirah ....haahaahaahaa cik Imaan dah ade blog!!!
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 11:34 PM 0 comments
Friday, June 12, 2009
Balik Kampung!!!
Petang ni, Insya Allah aku nak balik kg lagi. Menjenguk bonda yg baru aje lepas buat bypass surgery pada 26/5/2009 tempohari.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar. Kesemua ahli keluarga berada di sisi bonda sebelum, semasa dan selepas pembedahan. Kecuali salah seorg adik aku, yang baru aje beranak beberapa hari sebelum tu. Harapnya, selepas habis pantang boleh laa balik menjenguk bonda terchenta.
Walaupun sesi balik kg kali memang pendek dan kata org... x berbaloi gitu, tapi itu x jadi masalah dan penghalang. Apa yg penting, aku nak jumpa bonda. Aku nak tengok progression after d surgery. Masa aku tinggalkan bonda sebelum balik KL hari tu, masih agak lemah sbb baru aje discharged dr hospital. Doaku semoga semangat bonda kuat supaya segala sel2 yg dah digodek dan dirobek oleh doktor cepat kembali ke prestasi yg sediakala.
Aku harap bonda cepat2 pulih dan sihat. Terasa rindu pulak nak pegi berjalan bersama2, shopping kat kl bersama2. Tapi yg penting sekali aku ingat nak ajak bonda pegi Guangzhou laaa....hehehehehe...!! Kalau bonda dah sihat sure dia setuju punya. Insya Allah.
Okes, i'll be back in KL on Sunday. Monday, cik Imaan dah start sekolah. So, everything will be back to normal except for papa....."cuti ke, tak cuti ke.....sama aje..!!!!" Waaaaaa......bestnye!!
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 11:43 AM 0 comments
Thursday, June 11, 2009
The truth....
I really really want to update my blog each time I switch it on.... but there's a lots of priority job that shud come 1st. Rasa macam berdosa yg amat if I can make sure my blog is updated but keje yg menimbun x siap2.
Even now.... the works are still here and I truly have a tonnes of it!!!!
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 10:43 AM 1 comments