Friday, June 12, 2009

Balik Kampung!!!

Petang ni, Insya Allah aku nak balik kg lagi. Menjenguk bonda yg baru aje lepas buat bypass surgery pada 26/5/2009 tempohari.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar. Kesemua ahli keluarga berada di sisi bonda sebelum, semasa dan selepas pembedahan. Kecuali salah seorg adik aku, yang baru aje beranak beberapa hari sebelum tu. Harapnya, selepas habis pantang boleh laa balik menjenguk bonda terchenta.

Walaupun sesi balik kg kali memang pendek dan kata org... x berbaloi gitu, tapi itu x jadi masalah dan penghalang. Apa yg penting, aku nak jumpa bonda. Aku nak tengok progression after d surgery. Masa aku tinggalkan bonda sebelum balik KL hari tu, masih agak lemah sbb baru aje discharged dr hospital. Doaku semoga semangat bonda kuat supaya segala sel2 yg dah digodek dan dirobek oleh doktor cepat kembali ke prestasi yg sediakala.

Aku harap bonda cepat2 pulih dan sihat. Terasa rindu pulak nak pegi berjalan bersama2, shopping kat kl bersama2. Tapi yg penting sekali aku ingat nak ajak bonda pegi Guangzhou laaa....hehehehehe...!! Kalau bonda dah sihat sure dia setuju punya. Insya Allah.

Okes, i'll be back in KL on Sunday. Monday, cik Imaan dah start sekolah. So, everything will be back to normal except for papa....."cuti ke, tak cuti ke.....sama aje..!!!!" Waaaaaa......bestnye!!





All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

0 comments:

 
Template by suckmylolly.com - rearrange by ali aman