Friday, February 27, 2009

Lost and Found...

Semalam semasa aku menjemput cik kak dari sekolah, dari jauh aku tengok begitu melenggang-lenggang jalannya. Aikkk??? Rilek betul si kecik nih. Mana pegi beg sekolah dia....

Bila aku tanya, mana bag sekolah? dengan selamba jawapan nih keluar dari mulutnya... HILANG.... hah???!! baru nak masuk 2 bulan sekolah, bag boleh hilang?? hah mula laaa aku punye temperature enjin naik dgn kadar yg agak pantas. tapi nasib baik aku ada kat perkarangan sekolah, jadinya aku tenangkan diri aku supaya x memalukan diri sendiri.

Lepas tuh aku tanya dia macam mana boleh hilang....explain punye explain .....oooooo baru lah aku paham. bukan hilang occayy. ade budak tertukar bag dgn cik kak aku nih. bag dah sama... ape nak buat. tapi kalau nak ikut logik laaa.... pertukaran itu x seharusnya terjadi sebab bag mangsa (anak aku) masih lagi menyerlah warnanya. Manakala bag si pemangsa telah agak kusam warnanya. maklumlah pemangsa tersebut dah darjah 2. sudah setahun berlalu laa kiranya.

Otak aku ni puas laaa memikirkan, macam mana boleh tertukar bag. tapi bila aku dah penat nak fikir, aku buat kesimpulan simple aje. itulah namanya budak-budak. bukan dia tengok betul2. main angkut jer. x boleh nak salahkan sesiapa pun. tapi, kalau yg chilok tuh darjah 5 ke 6, boleh gak kasik tazkirah sket. tapi darjah 2. alaa2 darjah satu jugak laa tuh.

Jadik, pagi2 lagi aku dgn penuh semangatnya dah tercongok laa depan office sekolah. rupanya habis semua cikgu tahu yg bag anak aku diangkut org lain. laaaa.... glamer betul. tunggu punya tunggu muncul laaa cik adik yg dicari. wahh... x terkata-kata aku kat situ. mmg selamba gile muka dia. aku pun senyum aje sambil menyerahkan bag kepada tuan empunya masing2.

Itulah kisah lost and found aku. hari ni aku ingat nak pegi kat booth yg jahit embroidery tu. Aku nak suruh dia jahit nama cik kak aku besar2, hah aku tampal kat bag sekolah. kalau lepas nih tertukar lagi....emmmm siap sesapa yang amik tuh. aku chomping chop tangan dia. Hahahaha!!
Gurau ajer tuh... aku bukannya sekejam tu. tapi betul..... aku chop.... huhuhuhuh.



p/s: pagi tadi jugak aku dapat news cikgu Roslinawati (class teacher cik kak) kena demam denggi. bila aku tefon, dia dah keluar wad. eeemmm semoga cikgu cepat sembuh yer....belum sempat melawat dah keluar hospital.




All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Tuesday, February 24, 2009

A Trip To Gynae...

Yesterday I went to see my gynae. Well, it's just a follow up after i'd seen her last Thursday. I got the result for the thing i've been checking for. Quite surprising... and just to be 100% corfirmed, doctor told me to go for a blood test. The result will be out in 2 or 3 weeks. They said this test will take a bit longer. I don't know why..

Hopefully everything will be fine. Insya Allah.




All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Monday, February 23, 2009

Air Oren Buat Mama....

Petang tadi agak terlambat aku menjemput anakanda dr sekolah. Maklumlah, lebat sungguh hujan yg turun. Aku still di ofis sewaktu hujan mula menitik. Terdetik dlm hatiku, moga2 anakanda x main hujan hari ini.


Setibanya aku di kawasan sekolah, hujan masih lagi turun. Nasib baik masih ramai lagi budak2 yang x balik. Dgn membawa payong, aku terus mencari anakanda di dalam sekolah. Alhamdulillah, tgh rest dlm kelas rupanya. Alhamdulillah juga, x basah langsung.


Aku pun terus mengangkat beg sekolah yg agak berat bagiku ke dlm boot kereta. Dlm kereta, anakanda cakap ada 'surprise' untuk aku. Tapi aku dah agak biasa dgn 'surprise'nya. Jadi aku hanya senyum sahaja sambil berkata "OK, TQ".


Setibanya dirumah;

Anakanda: Mama, Imaan ada surprise untuk mama...

Aku: Apa yg surprise?

Anakanda: Nah...(sambil menghulurkan sekotak air oren cap Delite)

Aku: Eh!! Sapa yg bagi?

Anakanda: Imaan laaa... Imaan x belanja pun hari ni. Imaan tahan aje. Imaan nak belanja mama air fruits. Ade satu lg air fruits yg sedap tapi harga dia satu ringgit dua puluh sen. Imaan x de dua puluh sen. Jadi Imaan beli yg ini.

Aku: Ooooo.... (x terkata) Imaan x beli ape2 laa untuk imaan hari ni?

Anakanda: x beli ape2 pon. Takpe Imaan dah lama nk belanja mama. Mama happy x?

Aku: Happy sgt. Tq imaan....


Begitulah kisah sekotak air oren. Biasa shj jalan ceritanya. Mungkin bagi org lain cerita ini dah biasa kedengaran agaknya. Tapi bagi aku, seorang ibu yg melahirkan, pemberian itu amat bermakna. Itulah ingatan seorang anak kecil terhadap ibunya. Walaupun air kotak itu tidak sesedap air kotak cap Yeo's tapi pada ptg itu.... itulah air yg tersedap aku rasakan. Anakanda juga begitu gembira melihat aku menyedut air kotak itu seperti x minum satu hari.


Dgn x semena2, air kotak oren cap Delite telah melekat dalam kotak ingatan aku untuk selamanya.


Thank you Imaan for the fruit juice that u bought for me.... I love you, my dear!!



Inilah dia..... air oren buat Mama!!









All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Sunday, February 22, 2009

Selamat Pengantin Baru Krisya & Hubby....

Pagi2 lagi di hujung minggu ini, aku dipenuhi dengan macam2 aktiviti. Dari celik mata pagi tadi sampai laa sekarang nih, aku belum berhenti rehat lagi. Tapi dengan penuh semangatnya aku akan cuba untuk siapkan sebanyak yang boleh.


Tengahari tadi aku dan dua lagi sahabatku telah menyempurnakan jemputan kahwin dari salah seorang dari sahabat lamaku semasa di Melaka dulu. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Ramai juga kawan-kawan lama yang hadir. Masing2 aku tengok datang sambil berpimpinan tangan dengan si kecil masing2. Tahniah aku ucapkan kepada Krisya dan suaminya. Semoga jodoh mereka berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Insya Allah.



Krisya & Hubby yang bernama Nazrulnizam. Kat belakang tu Puan P-jot & Puan Fiza.
Ade si kecik dua org tue bernama Cik Imaan & Cik Nisa'.


Cerita selanjutnya nanti aku sambung bila berkesempatan yer. Banyak kerja laa..... bye!!










All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Saturday, February 21, 2009

Rimas....

Apakah yang dimaksudkan dgn rimas? Di bawah ni merupakan maksud yang diambil direct dari kamus Dewan Bahasa dan pustaka Edisi ke-empat.

1. berasa tidak enak (tidak nyaman, tidak senang) kerana panas dll: kebanyakan orang muda sekarang kurang gemar lagi memakai pakaian kebangsaan, ~ kata mereka;

2. tidak senang hati, gelisah hati: perkataan itu seolah-olah utk menyenang­kan hatinya sendiri yg berasa ~ bergelap begitu; merimaskan menyebabkan tidak enak (tidak nyaman, tidak senang, dll), meng­ganggu (fikiran), merunsingkan: ia disuruh memakai pakaian yg ~; berita buruk yg diterimanya itu ~ kepalanya; kerimasan perasaan rimas, kegelisahan hati.

Itulah maksud yang tertulis dalam kamus dewan. Tapi setiap dari kita sudah pasti mempunyai maksud dan makna yang berbeza. Tak kira laa makna itu betul ke tak ke.... asalkan kita selesa menggunakannya maka kita tetap akan menggunakannya. Tanpa kita pedulikan maksud sebenar.

Dalam kehidupan seharian kita juga kadang kala ke'rimas'an ni boleh datang dan pergi. Kita sebagai orang yang merasainya perlu pandai meng'control' supaya ia tak memakan diri.

Disebabkan ramai yg x pandai nak mengawal perasaan ini laa maka keluar satu artikel dlm Utusan Malaysia minggu lepas yang tajuknya aku pun x ingat. Tapi isi pentingnya ialah, sudah ramai rakyat Malaysia pada hari ini yang ada masalah mental atau skizofrenia. Lebih menyedihkan, mereka yang suffer dr penyakit ni x menyedari tentang kesakitan yg dialaminya.

Oleh itu, apa sahaja jenis ke'rimas'an yg melanda diri kita.... haruslah kita tangani dengan sabar. Banyak2 kan berdoa. Lebih elok juga kalau kita meluahkan apa yang merimaskan sgt tu kpd org yg kita percaya. Tapi kalau x de org yg nak diceritakan...? Bagaimana?

Ada seorang sahabat pernah bagitau kat aku; "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari... Dia datangkan petir dan kilat... kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar... tetapi... rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...".

Insya Allah dgn segala doa yg kita panjatkan kepada-Nya, maka ketenangan akan datang dlm diri kita. Kalau x tenang2 juga, berdoalah lagi dan lagi dan lagi. Ia pasti akan datang. Percayalah.




All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

 
Template by suckmylolly.com - rearrange by ali aman