Friday, February 27, 2009

Lost and Found...

Semalam semasa aku menjemput cik kak dari sekolah, dari jauh aku tengok begitu melenggang-lenggang jalannya. Aikkk??? Rilek betul si kecik nih. Mana pegi beg sekolah dia....

Bila aku tanya, mana bag sekolah? dengan selamba jawapan nih keluar dari mulutnya... HILANG.... hah???!! baru nak masuk 2 bulan sekolah, bag boleh hilang?? hah mula laaa aku punye temperature enjin naik dgn kadar yg agak pantas. tapi nasib baik aku ada kat perkarangan sekolah, jadinya aku tenangkan diri aku supaya x memalukan diri sendiri.

Lepas tuh aku tanya dia macam mana boleh hilang....explain punye explain .....oooooo baru lah aku paham. bukan hilang occayy. ade budak tertukar bag dgn cik kak aku nih. bag dah sama... ape nak buat. tapi kalau nak ikut logik laaa.... pertukaran itu x seharusnya terjadi sebab bag mangsa (anak aku) masih lagi menyerlah warnanya. Manakala bag si pemangsa telah agak kusam warnanya. maklumlah pemangsa tersebut dah darjah 2. sudah setahun berlalu laa kiranya.

Otak aku ni puas laaa memikirkan, macam mana boleh tertukar bag. tapi bila aku dah penat nak fikir, aku buat kesimpulan simple aje. itulah namanya budak-budak. bukan dia tengok betul2. main angkut jer. x boleh nak salahkan sesiapa pun. tapi, kalau yg chilok tuh darjah 5 ke 6, boleh gak kasik tazkirah sket. tapi darjah 2. alaa2 darjah satu jugak laa tuh.

Jadik, pagi2 lagi aku dgn penuh semangatnya dah tercongok laa depan office sekolah. rupanya habis semua cikgu tahu yg bag anak aku diangkut org lain. laaaa.... glamer betul. tunggu punya tunggu muncul laaa cik adik yg dicari. wahh... x terkata-kata aku kat situ. mmg selamba gile muka dia. aku pun senyum aje sambil menyerahkan bag kepada tuan empunya masing2.

Itulah kisah lost and found aku. hari ni aku ingat nak pegi kat booth yg jahit embroidery tu. Aku nak suruh dia jahit nama cik kak aku besar2, hah aku tampal kat bag sekolah. kalau lepas nih tertukar lagi....emmmm siap sesapa yang amik tuh. aku chomping chop tangan dia. Hahahaha!!
Gurau ajer tuh... aku bukannya sekejam tu. tapi betul..... aku chop.... huhuhuhuh.



p/s: pagi tadi jugak aku dapat news cikgu Roslinawati (class teacher cik kak) kena demam denggi. bila aku tefon, dia dah keluar wad. eeemmm semoga cikgu cepat sembuh yer....belum sempat melawat dah keluar hospital.




All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

0 comments:

 
Template by suckmylolly.com - rearrange by ali aman