Saturday, February 21, 2009

Rimas....

Apakah yang dimaksudkan dgn rimas? Di bawah ni merupakan maksud yang diambil direct dari kamus Dewan Bahasa dan pustaka Edisi ke-empat.

1. berasa tidak enak (tidak nyaman, tidak senang) kerana panas dll: kebanyakan orang muda sekarang kurang gemar lagi memakai pakaian kebangsaan, ~ kata mereka;

2. tidak senang hati, gelisah hati: perkataan itu seolah-olah utk menyenang­kan hatinya sendiri yg berasa ~ bergelap begitu; merimaskan menyebabkan tidak enak (tidak nyaman, tidak senang, dll), meng­ganggu (fikiran), merunsingkan: ia disuruh memakai pakaian yg ~; berita buruk yg diterimanya itu ~ kepalanya; kerimasan perasaan rimas, kegelisahan hati.

Itulah maksud yang tertulis dalam kamus dewan. Tapi setiap dari kita sudah pasti mempunyai maksud dan makna yang berbeza. Tak kira laa makna itu betul ke tak ke.... asalkan kita selesa menggunakannya maka kita tetap akan menggunakannya. Tanpa kita pedulikan maksud sebenar.

Dalam kehidupan seharian kita juga kadang kala ke'rimas'an ni boleh datang dan pergi. Kita sebagai orang yang merasainya perlu pandai meng'control' supaya ia tak memakan diri.

Disebabkan ramai yg x pandai nak mengawal perasaan ini laa maka keluar satu artikel dlm Utusan Malaysia minggu lepas yang tajuknya aku pun x ingat. Tapi isi pentingnya ialah, sudah ramai rakyat Malaysia pada hari ini yang ada masalah mental atau skizofrenia. Lebih menyedihkan, mereka yang suffer dr penyakit ni x menyedari tentang kesakitan yg dialaminya.

Oleh itu, apa sahaja jenis ke'rimas'an yg melanda diri kita.... haruslah kita tangani dengan sabar. Banyak2 kan berdoa. Lebih elok juga kalau kita meluahkan apa yang merimaskan sgt tu kpd org yg kita percaya. Tapi kalau x de org yg nak diceritakan...? Bagaimana?

Ada seorang sahabat pernah bagitau kat aku; "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari... Dia datangkan petir dan kilat... kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar... tetapi... rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...".

Insya Allah dgn segala doa yg kita panjatkan kepada-Nya, maka ketenangan akan datang dlm diri kita. Kalau x tenang2 juga, berdoalah lagi dan lagi dan lagi. Ia pasti akan datang. Percayalah.




All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

0 comments:

 
Template by suckmylolly.com - rearrange by ali aman