Thursday, May 14, 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Exam datang lagi.... yeahaaaa!! Seperti biasa.... siapa yang paling menggelabah bila cik imaan nak periksa?? Bukan tuan punya body tapi MAMA. Bezanya, mama agak rileks sket sebab cik imaan macam dah khatam sumer subjek yg masuk exam. Macam dah khatam laaa.... mama x berapa sure pulak bila dalam exam esok kan.

Exam dah start dari hari Selasa yang lepas. Hari ni baru nak story. esok peksa Feqah ye puan-puan...

To Imaan: Gud Luck bebeh.... pegi laa tido... nanti esok x bley bangun.
To papa: Kejap lagi nak betolak pegi Perlis. Melawat sahabat pulang ke Rahmatullah. Drive carefully babe!





All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Saturday, April 11, 2009

Tak Payah Tukar Kelasssss....

Ape hal plak tetiba aje tajuk 'Tak payah tukar kelassss....'.

Haaa itu laa kegembiraan cik imaan yang terblink-blink (boley ke terblink2??) bila aku amik dia kat sekolah hari khamis baru nih. Emm result peksa baru nih dah keluar. Alhamdulillah peserta tunggal aku akan kekal di kelas 1A. Semoga sampai darjah 6 pon x payah tukar kelas laa.... Insya Allah.

Masa hari cikgu bagi result, peserta aku agak berduka lara sket. Bila aku tanya, oowh dia dapat no 13 from 29 org. Pada mulanya hati kecil aku ni agak sedih jugak laa... tapi setelah aku buat kajian terperinci pada result yang cikgu bagi, hati aku jadik tenang dan gembira balik.

okay jom kita tengok....

1. Math A+
2. Science A+
3. B. Arab A
4. B. Melayu (1) A+
5. B. Melayu (2) A+
6. English A
7. P. Seni A+
8. Tauhid A
9. Akhlaq A+
10. Feqah A
11. Jawi A
12. Khat A

P/s: Markah aku x bley letak sbb tuan punya badan x tak bagitau. Jadik secret. Tapi overall percentage is 91%.

Berdasarkan result di atas, wajarkah anda bersedih lagi? Kalu sedih jugak, maka akan tergolonglah kita dalam golongan orang2 yang tak bersyukur. Cheewaaahh. Oleh itu, sekali lagi aku nak ucapkan 'CONGRATULATIONS!!' to Imaan..... keep up the good work bebeh.... mama x kesah pun dapat no berapa asalkan all subject dapat A and percentage above 90%.

Jangan sedih tau Imaan.... apa2 pun Imaan x payah tukar kelasssss..... yeaah!!!






All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Thursday, March 26, 2009

Physiotherapy....

Pagi tadi aku pegi physio... baru balik rumah. Semangat begitu membara nak update tapi ape kan daya.............
.........................................................................................................................................................................
Aku ngantuk. Nanti bangun, petang karang aku citer. Hihihihi (ada secret, wa bawak keter sendiri pegi spital...aaaarrrr jangan marah!!)








All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Wednesday, March 25, 2009

Haiya Bil Arabiah.....

Wooiissh... ngeri tengok tajuk tu. Aku konon nak tulis mari belajar bahasa arab dalam bahasa arab laaa.... tapi aku pun dalam level intermediate gitu. So agak x sesuai kalu nak buat2 pandai. Tiba2 aku teringat slot dalam radio I*KIM... ada kan slot belajar bahasa arab. Itu laa tajuknya. Sapa yang penah dengar I*KIM fm, tahu laaa.... Cheewah.


Disebabkan hari ni cik kak ada test bahasa arab... revision telah dijalankan dgn begitu komprehensif skali. X PERCAYA...??? Tengok laa gambar kat bawah nih. Haaa lepas tu 'Lu Pikir Laa Sendiri...'







Dua2 gambar kat sebelah kiri ni sesi latihan pecahkan huruf bersambung (term dari yg empunya badan). Asal dah siap... dia sign "Dah Siap"....

Kira bahagian ni... expert laa.
























Yang ini pulak, sesi buat huruf bersambung. Setelah dinilai oleh jemaah peperiksaan... kemahiran menyambung agak kureng... jadik ingatkan kena buat satu lagi latihan....












Latihan diteruskan... sempat buat sampai no 4 aje. Lepas tu, cikgu tengok anak murid macam meliok lentuk x de mood. Kejap nak air, kejap nak shishi, kejap masuk bawah meja.... Cikgu pon kira halal aje laaa. Pegi laa tido kalu dah ngantuk.


Perasan tak ade tulisan yg x berape clear kat atas sekali dalam ketas sebelah nih ???


Itu pesanan sebelom tido. (sebab cikgu tido dulu...hahahha)







"beli pensel hot okey mama"




Dapat tangkap apakah pesanan itu??
Haa disebabkan otak aku ni sentiasa malangkaui pemikiran cik kak, maka aku faham.


Dia order, nak suruh beli pensel KHAT.....hahahaa!!!!

Hari nih ada test khat. Mana laa aku tahu kena pakai pensel khat. Time dolu2, aku pakai pensel biasa je... cuma time asah tu kena pakai pisau. Pas tu kena kasi serong sket. Aku pas baton kat mr hubby suh carik pensel tuh before dia test. Dah settle dah.







Akhirnya, sebelum tido... setelah baca doa.... inilah revision terakhir untuk berjuang di esok hari...( hari ni laa).

Abis ketas konyok2, petanda begitu bersemangat menghafal. Alhamdulillah, buat spot check pagi nih... dah hafal semua KECUALI.... nak sambung huruf %#%$$%@#@$%$... x kesah laaa imaan... buat jer apa yang imaan tau. Kalau x tau jugak baca doa tulis aje ape2... jangan tulis 'TAK TAHU' sudah. (Dah pernah terjadi yer puan2 sekalian... )











All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Tuesday, March 24, 2009

2nd Day @ Home.....



Baru aje 2 hari aku dok kat rumah... aaaaahhh jiwaku sudah sengsara. Melihat kerja2 rumah yg x terbuat.... lagi laa aku rasa sengsara. Otak aku dah bagi sign suruh carik maid. Cepat betul berfikir otak aku ni. Trus pegi kat conclusion. Kuatkan semangat.... jangan terkocoh-kocoh.



Orang2 ofis jugak dah sebok telepon tanya itu ini.... kalau dah banyak sgt dial no aku, depa kasik sms. Ala2 bersopan giteeww.... ni yang menjolok hati aku supaya ke ofis nih. Banyak betul kerja yang tergendala. Aku pun naik rimas jugak bila kejap2 nak tanya.... sket2 nak tanya. Senang kalau aku ada kat depan mata, tanya laa banyak mana pon... x berkira punye.


Pagi2 tadi, awal betul aku & cik kak bangun.... belum tiba masanya, mata dah bukak. Jam x berbunyi pon lagi... x sempat nak bunyi hari. Aku dah tekan punatnya. Ini laaa penangan bila tido sebelom waktunya. X sempat cik kak nak buat revision semalam.



Pagi ni apa lagi... bertungkus lumus menimba ilmu di saat2 terakhir. Issshh...aku pon biasa laaa... bila cik kak x hengat sket aje, angin sudah datang. Tapi aku kuatkan semangat. Sabar.... alaaa bukan angin kencang pon. Sepoi2 bahasa je. Biasa laa tuuu, mak ngajar anak. Haa cerita pasal semlm, lepas balik sekolah aku dgn semangat terus tanya pasal exam. EEeii x sabar betul....




Mama: Exam mcmana hari nih?? Susah ke senang?



Imaan: Alaaaa senang jer. Semua soalan tu imaan dah penah buat. Imaan check dua kali. Cikgu suruh.



Mama: Iya???!! Bagus anak mama....hihihi



Imaan: A'ah... nasib baik check. Imaan sempat buat correction.



Mama: Bagus.. bagus...



Imaan: Mama, ada soalan BM tu kan... imaan jawab macam ni.... imaan tahu, mesti betul punyaaa...
Mama: ...(dalam hati...bagus, semangat confident tuh dah ada dalam sanubari...)






Imaan: "Kucing itu sedang mentidur."..."Abang sedang memandi."






Mama: HAAAAHH!!! Apaaa??? Imaan rasa betul ke???





Imaan: A'ah.... betul laaa. Apa yg salahnye....




Mama: .........@#$%#%$#%$@#$...... x pelah imaan..... coba lagi....

(u/p: cik kak aku mmg kureng sket vocab bahasa kebangsaan ni. Jadiknya, kena start baca buku cerita dalam bahasa melayu pulak....)


Ini jadual Ujian cum Exam hari ini:

8.15 am - 9.15 am : English

11.00 am - 12.00 : Science

2.00 pm - 3.30 pm : Pendidikan Seni


Pagi2 lagi aku dah berdoa supaya dipermudahkan segala urusan buat anakanda di hari ini. Insya Allah.
Go Imaan... go imaan.....



Ptg semalam sementara dibuai keboringan,aku sudah layan satu movie... 'TWILIGHT'... okey jugak. Pagi tadi pulak sempat satu lagi movie a true story 'CHANGELING'. Petang ni x sure plak sempat ke tidak layan cerita. Niat dihati nak buat preparation nak jadik cikgu bahasa arab malam nih. Wokey... till then.... belakang aku dah sakit sebab duduk lama sangat.... chiow...









All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Monday, March 23, 2009

1st Day @ Home.....

Dari semalam lagi aku dah discharged from hospital. Riang betul hatiku ini. Bukannya apa, x tertahan dah keboringan aku kat hospital tu. Ptg dalam pukul 4.35 selamat tiba di rumahku sorgaku....

Hari ni pulak dah start sekolah balik. Cik Kak exam hari ni. Sebenarnya, Ujian je. Tapi ala2 scary gitu... bagitau exam. Eeemm cik kak aku nih kalau cakap exam ke, ujian ke, muka still cool aje. Kiranya, aku lagi gementar laa pagi2 nih compared to her.

Ini jadual for today:

8.15 am - 9.15 am: B. Melayu 2
11.00 am - 12.00 : Maths
2.30 pm - 3.3- pm: B. Melayu 1

Gud Luck Babeh.....yeaaaaa!!!!


Sambung balik... baru aje 1st day kat rumah after surgery.... tapi aku tengok semua jam kat rumah aku ni bergerak.... ya Rabbi, perlahan betul. Tahap keboringan aku dah memuncak betul. Doc approved mc sebulan. Wooooooooo..... mati kutu makcik kat rumah. Kalau sehat sejahtera okay juga, kira macam banyak house chores yg boleh buat..... ni duduk aje atas katil... lepas tuh baring..... lepas tuh duduk.... lepas tuh baring.... lepas tu duduk balik....ohhh tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk!!!!!

Aku kan sebenarnya ade cita2 laaa petang nih nak masak sket. Alaaa yang simple2 aje... tapi cuak juga aku nak pegi dapur tu. Syyhhh... aku dah kluarkan ayam kat sink. Hahahha....Takut mr hubby jegilkan bijik mata dia..... tapi tahap boring aku dah maximum dah.... meh aku bagi lagu sket..."sungguhku tak mampu...' selebihnya lu sambung laa sendiri.




All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Sunday, March 22, 2009

A New Day Has Come....

Update blog hari nih semacam tak berupaya nak bagi ayat2 penuh. Aku still kat atas katil hospital. Jom layan kronologi kes masuk hospital kali nih.

Actually aku dah agak lama suffer back pain nih. Tapi ala2 superwoman gitu, buat x layan. Asal activity seharian berjalan lancar, x da hal. Sakit??! Itu belakang kira... nasib ada mr hubby tolong tenyeh2 kat spine aku. Kesian kat dia... x jemu2 bagi pertolongan cemas. Cumanya bila dah agak kerap sakit tuh datang... hah superwoman tuh tinggal nama jer.

So, in December 2008... aku pegi surrender ngan spine surgeon kat hospital. Buat X ray... x nampak apa. Macam sihat. Tak puas hati aku mintak nak buat MRI at my spine lumbar. Dapat result tak yah cakap banyak, confirm kena operate.

Dah lama sangat fikir bila nak go for the mission, harinya pun tiba....

Apa doc nak buat? Discectomy... mula2 nak scope aje tapi last minit change to plan B. Open surgery pulak.
Kat bahagian mana? L4 - L5 & L5 - S1 (2 tingkat)

19 March 2009 - Petang dalam pukul 4.45pm datang hospital nak masuk ward. Tunggu punya tunggu, full house!! Aku terserempak dgn doc in charge, dia bagi green lite balik tido kat rumah. Esok datang balik. On the way balik, sempat lagi layan kari kepala ikan kat uptown. Layaaaaaan.....

20 March 2009 -

8:00am : Arrived at hospital. Full house x habih2. Ramai betul orang sakit skrg. Aku dah start puasa dah. Pagi tadi makan roti sekeping dalam kereta. Tunggu punye tunggu...lama betul. Iiiish tension juga, tapi ketensionan itu semakin bertambah bila x boleh makan. Akak admission tuh bagitahu bilik dah ada tapi penghuninya belum nak balik lagi.

12.45 : Kowtim baik punye dgn akak admission tu, diorang hantar aku pegi HDU (high depency unit) for Pre-Op. Debaran sudah bermula....

3.05 pm : Masuk dalam OT. Lepak laa sorang2 kat dalam tu.....

4.00 pm : Masuk dalam OT 2. Borak2 dgn doc kejap....ketawa2 sket.... ZZZZzzzzZZZZzzzzz. X tau ape dah jadi.

6.45 pm : ntah sapa yang kejut suh bangun. Hah!! Mission accomplished.... zzzZZZZzzzz tido balik. Malam tido agak lena sebab ubat bius still doing the good job.

21 March 2009 - Physioterapist datang ajar berjalan. Ok, lulus. Dah boleh pegi toilet & mandi sendiri. Malamnya buat application nak inject pain killer. Dia punye sakit sudah mari.

20 March 2009 - Hari nih pagi2 dah siap mandi. Physioterapist nak bawak pegi exercise. Semangat gitu. Good news, yesterday doc cakap hari nih mungkin boleh balik. Yeeehaaaa!!! Kita tunggu dia datang kejap lagi. Nanti update balik. Nak bersantap kejap...










All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Wednesday, March 11, 2009

Bonda....

Semalam, ayahanda menghubungi aku untuk memaklumkan satu berita yang agak menyedihkan. Bonda telah dimasukkan ke hospital sebab keletihan yang melampau. Tapi ayahanda bagitahu keadaannya agak stabil cuma perlu banyak berehat.

Sememangnya, banyak juga sakit bonda lately nih. Kencing manis ada, darah tinggi ada, terkini lagi.... jantung pulak. Bak kata bonda pada aku....Pakej lengkap!! Bukan aku yang cakap tuh.

Tak mengapalah bonda. Inilah ujian Allah kepada kita sebagai hamba-Nya. Walau macam mana kita menjaga diri kita, hanya Dia yang berhak menentukan. Kita perlu menerima apa yang direncanakan pada kita dengan penuh redha...

Sebagai anak.... hanya doa yang berpanjangan dapatku panjatkan. Semoga bonda cepat sembuh dan sentiasa sihat dan ceria seperti sedia kala. Insya Allah.



All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Monday, March 2, 2009

Emergency Call!!!!

Di pagi Isnin nih... aku dah kuatkan semangat aku supaya segala kerja yang masih tertangguh di ofis disiapkan. Tak lupa juga aku berdoa supaya minggu ni menjadi lebih baik dari minggu yang terdahulu. Insya Allah.

Ketibaan aku di ofis agak terlambat sedikit dari hari biasa gara2 pegi breakfast ngan mr hubby. Bila dah masuk bilik, kerja pun bermula. Sambil2 tuh sempat jugak laa login 'FB'. Kejap jer... then bergosip kejap ngn adinda di laman 'YM'. Kejap jer.... sungguh2 kejap. However kerja tetap berjalan.

Tengah semangat bekerja berada pada tahap maksimum, handphone aku berbunyi. Alamak !! Cikgu Roslinawati.... panggilan dari sekolah nih. Cik kak aku demam lagi. Temperature dia agak tinggi kata cikgu. Ape lagi, aku terus melupakan segala kerja2 ofis sambil berlari-larian ke kereta. Amik aje, terus ke hospital. En. doktor cakap 2 hari lagi kalu still demam datang lagi... emmmhhh en. doktor nih syok betul kalu org gi jumpa dia..... Katanya nak buat blood test. Harap2nya cik kak akan beransur pulih. Insya Allah. Hari nih ngan esok MC. Aku ?? hish tetap bekerja macam biasa. Semangatku tetap membara. Cik Kak?? Hah, duduk ngan mr hubby laa. Boley ler memupuk semangat kasih sayang antara cik kak ngan papa.

Tue ler panggilan emergency pagi nih. Moral of the story, itulah benefit kalau sekolah anak sebelah ofis. Cepat jer sampai!! Hahahaha.... tapi dont worry. Cik kak berada dlm keadaan yang stabil. Dah boleh nyanyi dah..... kira ok laa tuuuuuu!!!



All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Friday, February 27, 2009

Lost and Found...

Semalam semasa aku menjemput cik kak dari sekolah, dari jauh aku tengok begitu melenggang-lenggang jalannya. Aikkk??? Rilek betul si kecik nih. Mana pegi beg sekolah dia....

Bila aku tanya, mana bag sekolah? dengan selamba jawapan nih keluar dari mulutnya... HILANG.... hah???!! baru nak masuk 2 bulan sekolah, bag boleh hilang?? hah mula laaa aku punye temperature enjin naik dgn kadar yg agak pantas. tapi nasib baik aku ada kat perkarangan sekolah, jadinya aku tenangkan diri aku supaya x memalukan diri sendiri.

Lepas tuh aku tanya dia macam mana boleh hilang....explain punye explain .....oooooo baru lah aku paham. bukan hilang occayy. ade budak tertukar bag dgn cik kak aku nih. bag dah sama... ape nak buat. tapi kalau nak ikut logik laaa.... pertukaran itu x seharusnya terjadi sebab bag mangsa (anak aku) masih lagi menyerlah warnanya. Manakala bag si pemangsa telah agak kusam warnanya. maklumlah pemangsa tersebut dah darjah 2. sudah setahun berlalu laa kiranya.

Otak aku ni puas laaa memikirkan, macam mana boleh tertukar bag. tapi bila aku dah penat nak fikir, aku buat kesimpulan simple aje. itulah namanya budak-budak. bukan dia tengok betul2. main angkut jer. x boleh nak salahkan sesiapa pun. tapi, kalau yg chilok tuh darjah 5 ke 6, boleh gak kasik tazkirah sket. tapi darjah 2. alaa2 darjah satu jugak laa tuh.

Jadik, pagi2 lagi aku dgn penuh semangatnya dah tercongok laa depan office sekolah. rupanya habis semua cikgu tahu yg bag anak aku diangkut org lain. laaaa.... glamer betul. tunggu punya tunggu muncul laaa cik adik yg dicari. wahh... x terkata-kata aku kat situ. mmg selamba gile muka dia. aku pun senyum aje sambil menyerahkan bag kepada tuan empunya masing2.

Itulah kisah lost and found aku. hari ni aku ingat nak pegi kat booth yg jahit embroidery tu. Aku nak suruh dia jahit nama cik kak aku besar2, hah aku tampal kat bag sekolah. kalau lepas nih tertukar lagi....emmmm siap sesapa yang amik tuh. aku chomping chop tangan dia. Hahahaha!!
Gurau ajer tuh... aku bukannya sekejam tu. tapi betul..... aku chop.... huhuhuhuh.



p/s: pagi tadi jugak aku dapat news cikgu Roslinawati (class teacher cik kak) kena demam denggi. bila aku tefon, dia dah keluar wad. eeemmm semoga cikgu cepat sembuh yer....belum sempat melawat dah keluar hospital.




All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Tuesday, February 24, 2009

A Trip To Gynae...

Yesterday I went to see my gynae. Well, it's just a follow up after i'd seen her last Thursday. I got the result for the thing i've been checking for. Quite surprising... and just to be 100% corfirmed, doctor told me to go for a blood test. The result will be out in 2 or 3 weeks. They said this test will take a bit longer. I don't know why..

Hopefully everything will be fine. Insya Allah.




All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Monday, February 23, 2009

Air Oren Buat Mama....

Petang tadi agak terlambat aku menjemput anakanda dr sekolah. Maklumlah, lebat sungguh hujan yg turun. Aku still di ofis sewaktu hujan mula menitik. Terdetik dlm hatiku, moga2 anakanda x main hujan hari ini.


Setibanya aku di kawasan sekolah, hujan masih lagi turun. Nasib baik masih ramai lagi budak2 yang x balik. Dgn membawa payong, aku terus mencari anakanda di dalam sekolah. Alhamdulillah, tgh rest dlm kelas rupanya. Alhamdulillah juga, x basah langsung.


Aku pun terus mengangkat beg sekolah yg agak berat bagiku ke dlm boot kereta. Dlm kereta, anakanda cakap ada 'surprise' untuk aku. Tapi aku dah agak biasa dgn 'surprise'nya. Jadi aku hanya senyum sahaja sambil berkata "OK, TQ".


Setibanya dirumah;

Anakanda: Mama, Imaan ada surprise untuk mama...

Aku: Apa yg surprise?

Anakanda: Nah...(sambil menghulurkan sekotak air oren cap Delite)

Aku: Eh!! Sapa yg bagi?

Anakanda: Imaan laaa... Imaan x belanja pun hari ni. Imaan tahan aje. Imaan nak belanja mama air fruits. Ade satu lg air fruits yg sedap tapi harga dia satu ringgit dua puluh sen. Imaan x de dua puluh sen. Jadi Imaan beli yg ini.

Aku: Ooooo.... (x terkata) Imaan x beli ape2 laa untuk imaan hari ni?

Anakanda: x beli ape2 pon. Takpe Imaan dah lama nk belanja mama. Mama happy x?

Aku: Happy sgt. Tq imaan....


Begitulah kisah sekotak air oren. Biasa shj jalan ceritanya. Mungkin bagi org lain cerita ini dah biasa kedengaran agaknya. Tapi bagi aku, seorang ibu yg melahirkan, pemberian itu amat bermakna. Itulah ingatan seorang anak kecil terhadap ibunya. Walaupun air kotak itu tidak sesedap air kotak cap Yeo's tapi pada ptg itu.... itulah air yg tersedap aku rasakan. Anakanda juga begitu gembira melihat aku menyedut air kotak itu seperti x minum satu hari.


Dgn x semena2, air kotak oren cap Delite telah melekat dalam kotak ingatan aku untuk selamanya.


Thank you Imaan for the fruit juice that u bought for me.... I love you, my dear!!



Inilah dia..... air oren buat Mama!!









All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Sunday, February 22, 2009

Selamat Pengantin Baru Krisya & Hubby....

Pagi2 lagi di hujung minggu ini, aku dipenuhi dengan macam2 aktiviti. Dari celik mata pagi tadi sampai laa sekarang nih, aku belum berhenti rehat lagi. Tapi dengan penuh semangatnya aku akan cuba untuk siapkan sebanyak yang boleh.


Tengahari tadi aku dan dua lagi sahabatku telah menyempurnakan jemputan kahwin dari salah seorang dari sahabat lamaku semasa di Melaka dulu. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Ramai juga kawan-kawan lama yang hadir. Masing2 aku tengok datang sambil berpimpinan tangan dengan si kecil masing2. Tahniah aku ucapkan kepada Krisya dan suaminya. Semoga jodoh mereka berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Insya Allah.



Krisya & Hubby yang bernama Nazrulnizam. Kat belakang tu Puan P-jot & Puan Fiza.
Ade si kecik dua org tue bernama Cik Imaan & Cik Nisa'.


Cerita selanjutnya nanti aku sambung bila berkesempatan yer. Banyak kerja laa..... bye!!










All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Saturday, February 21, 2009

Rimas....

Apakah yang dimaksudkan dgn rimas? Di bawah ni merupakan maksud yang diambil direct dari kamus Dewan Bahasa dan pustaka Edisi ke-empat.

1. berasa tidak enak (tidak nyaman, tidak senang) kerana panas dll: kebanyakan orang muda sekarang kurang gemar lagi memakai pakaian kebangsaan, ~ kata mereka;

2. tidak senang hati, gelisah hati: perkataan itu seolah-olah utk menyenang­kan hatinya sendiri yg berasa ~ bergelap begitu; merimaskan menyebabkan tidak enak (tidak nyaman, tidak senang, dll), meng­ganggu (fikiran), merunsingkan: ia disuruh memakai pakaian yg ~; berita buruk yg diterimanya itu ~ kepalanya; kerimasan perasaan rimas, kegelisahan hati.

Itulah maksud yang tertulis dalam kamus dewan. Tapi setiap dari kita sudah pasti mempunyai maksud dan makna yang berbeza. Tak kira laa makna itu betul ke tak ke.... asalkan kita selesa menggunakannya maka kita tetap akan menggunakannya. Tanpa kita pedulikan maksud sebenar.

Dalam kehidupan seharian kita juga kadang kala ke'rimas'an ni boleh datang dan pergi. Kita sebagai orang yang merasainya perlu pandai meng'control' supaya ia tak memakan diri.

Disebabkan ramai yg x pandai nak mengawal perasaan ini laa maka keluar satu artikel dlm Utusan Malaysia minggu lepas yang tajuknya aku pun x ingat. Tapi isi pentingnya ialah, sudah ramai rakyat Malaysia pada hari ini yang ada masalah mental atau skizofrenia. Lebih menyedihkan, mereka yang suffer dr penyakit ni x menyedari tentang kesakitan yg dialaminya.

Oleh itu, apa sahaja jenis ke'rimas'an yg melanda diri kita.... haruslah kita tangani dengan sabar. Banyak2 kan berdoa. Lebih elok juga kalau kita meluahkan apa yang merimaskan sgt tu kpd org yg kita percaya. Tapi kalau x de org yg nak diceritakan...? Bagaimana?

Ada seorang sahabat pernah bagitau kat aku; "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari... Dia datangkan petir dan kilat... kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar... tetapi... rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...".

Insya Allah dgn segala doa yg kita panjatkan kepada-Nya, maka ketenangan akan datang dlm diri kita. Kalau x tenang2 juga, berdoalah lagi dan lagi dan lagi. Ia pasti akan datang. Percayalah.




All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Monday, January 5, 2009

Welcome 2009....

Masih x terlambat rasanya kalau nak wish everybody "Happy New Year...". Semoga pada tahun 2009 kita akan lebih diberkati dan diredhai oleh yang Maha Esa. Insya Allah...
Sepanjang last week, aku bercuti. X de pergi mane pun. Laptop pulak tertinggal kat ofis.... so x sempat nak update. Lagipun, bila dah duduk kat rumah, memang laa x akan sempatnya nak mengadap komputer. Banyak betul house chores yang nak dibereskan. Alhamdulillah... selesai juga walaupun x semuanya.
Dan sepanjang aku cuti itu laa aku ambik masa bermesra dengan anakanda yang dah pun start sekolah hari nih. Setiap hari keluar.... pergi sana, pergi sini.... penat sungguh tapi amatlah menggembirakan hati kami berdua...
Oh ya, hari nih, anakanda dah melangkah ke alam persekolahan yang sebenar. Aku tengok anak rilek aje... yg x berapa nak rilek ialah mak ngn ayahnya. Itu termasuk laa aku....Bukan setakat anakanda yang berjumpa ngan kawan2 baru tapi aku jugak... ramai betul tadi. Berkenalan dengan semua parents.... siap bertukar phone no. lagi.
Tak sabar rasanya nak fetch anakanda petang nanti. Selalunya anakanda akan ada kat ofis sambil layan katun kat tv...everyday... but today she's not here. Aaaaaa...mama yang sedih. I miss her already... I hope that she will be happy in school.... every minutes and hours.
Ok, I have lots of work to be done. Maklum laa dah cuti 1 week.
Till then....
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Friday, December 26, 2008

Sicko Season...

Hi again...

Aku ingatkan boley update blog tiap2 hari tapi nampaknya sibuk memanjang. Macam2 hal yang mendatang but somehow dapat diselesaikan satu persatu dgn agak jayanya. Alhamdulillah.

Dalam last week I went for MRI test for my lumbar spine. The result?? There's some little tiny adjustment should be done at L4 & L5. Phhuuhh.... takuuuuutt!!! I went for 2nd opinion from the other spine surgeon.... lain2 pulak opinionnya. Takpe... aku ingat nak tanya sorang lagi surgeon, then i'll make the decision. Pray for me guys!!


Aku ingat the best time for the surgery will be during school break bulan 3 2009 nanti. Maklum laa anak dah sekolah darjah satu. Hihihih.... time tuh cuti seminggu. Boleh ley bersama2 3 beranak berkampung kat hospital. Takde laa terkocoh2 nak pegi sekolah kan. Lagi pun, aku rasa anakanda semestinya tak mau gi sekolah kalau aku ada dalam wad. Sayang betul anak mama nih....


Lepas tuh pulak, dalam sehari 2 nih... aku asyik sakit kepala jer. Sakit yang lain macam laa... bukan macam yang selalu aku rasa. Most probably datang dari my neck kot. Ntah laaa... sometimes rasa macam x tertanggung pun ada. Ingat dalam next week kalau x okay jugak, aku nak buat lawatan kat hospital laa. Asyik melawat hospital pulak lately nih yer... sampaikan abang parking pun dah kenal.


Oh ya.... hari nie begitu ramai sekali umat manusia yang bercuti yer. Lapang betul jalan2 kat Subang Jaya nih. Jeles betul aku.... takpe, next week aku nak cuti jugak le. Tapi kerja kat ofis menimbun2. Kalau cuti pun tapi hati x senang x de gunanya. Tengok laa macam mana. Aku dah try usha hubby nak gi bercuti tapi x berjaya. He have something important to be done...


Alamak, sekejap aje dah nak start sekolah balik dah. Anakanda baru je 'grad' tadika hari tuh. Next week dah masuk darjah satu. Beriya2 nak sekolah.... aku pun seronok jugak tengok dia seronok. Teringat balik masa aku kecik2 dulu. Macam tu laa agaknya aku happy nak sekolah. Semuanya dah ready from the 2nd week of cuti sekolah ari tuh. As for today, semuanya dah lengkap dah. Hah.... tue laa buktinya betapa seronoknya nak melangkah ke alam persekolahan. Harap2nya, sikap anakanda yang suka bersedia lebih awal tuh, kekal berpanjangan. Insya Allah.


Till then...




All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Tuesday, November 4, 2008

*&*&*&**&*&*&*

Aku dah lama giler x tengok blog aku sendiri. Ingatkan dah kena block... maklum jelah, berbulan lamenya x ter'update'. Banyak betul laaa activity sampai aku x menyempat nak menggodek internet nih.


Baru-baru nih aku buat open house sekali ngan buffday si kecik tuh. Waahh meriah sekali nampaknya. Sampaikan aku tido malam tuh macam org pengsan. Thanx to all yang dah datang memeriahkan majlis.


Cerita semenjak 2 menjak nih, aku sebok dok carik rumah ler kononnya. Nak beli kat mane pun x sure lagi. Ingatkan nak dok USJ nih sampai tua tapi mane laa ade new house lagi kat sini. Dah penuh yang amat. Kalau dekat sket pun kat Putra Heights. Aku pon pegi ler survey satu keluarga yang 3 org nih.... x dak yg melekat dihati. Argggghhh!!! Kalu ade pon harganya, boley buat laki aku menangis. Ye tak bang??!! HAhaha....


Now ni, sebok dok berkenan kat Denai Alam plak. Siap pegi tengok...bila nak balik terus letak sticker. Cop ler tuh kononnya. Lagi best, sticker tuh lekat kat corner lot.... adik salesman tuh mesti happy gile. Yer laa, komisyen banyak tuh kalu kitorang jadik beli. Balik umah.... dok relek2.... pikir dgn akal yang waras.... isshh kena kensel tuh. Gila ker nak beli corner lot? Macam laaa kaya benor. But aku rasa it's not the time yet to buy that kind of house. Kalu intermediate tuh acceptable sket. Kesian adik salesman tuh.... nama Lutfi.


Bila dah agak2 nak bayar booking fee, tanya FAMA dulu.... mintak opinion org tua gak, baru afdal gitu. Tiba2, CANCEL !!! Tak jadik beli.... sebab dgr rumours property value is going down. Sumer org skrg sebok nak let go property. Kita sebok nak beli. Amboi !!! Kaya nampak!! Alaaa...lagi kesian kat Lutfi tuh. Ingat dah dapat komisyen dah. x dapat komisyen corner, dapat inter pun jadik laa... last2 langsung x dapat. Ampun laa dik. Bak kata dia, kalau ada jodoh kita jumpa ler lagi sekali. Kitorang memang cam gini... dah pening kepala sebenornya.


Jadiknya, mulai hari ni aku dah x pikir lagi pasal nak beli rumah. Nanti sampai ler masanya tuh. Lagi pun I'm happy staying in my rented house skrg. Si kecik pun happy dgn pinky room dia. So , nothing urgent sebenarnya. Saja, buat2 sebok sebab tengok orang lain dah beli rumah.


Ok... bye bye... see ya aaaaaa....aaaaaa.... esok kot aku update...!! NApe? Tak pecaya aaa?


*Aku mmg dah x nak pikir pasal rumah.... tapi sorry to say, aku ade appointment ngn property agent nak tengok rumah kat USJ 9 & 11 ptg nih. Saje nak tengok kat dalam rumah....





All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Wednesday, April 30, 2008

What A Bizzzyy Day......

Goooood morning.....

Hari nih dlm diary punye laa banyak kije aku. Then, bila dah banyak sangat mula laaa aku jadik macam nak penin kapla dibuatnya. Dispatch aku plak x baik2 tangan dia. Ari tuh dia accident. Patah tangan. Total punyer total.... dah 6 bulan x kije.

Hisssh... kalo ler ade orang yang nak siapkan kije aku tu %#$%@^^*&* okey ke kalo nak marah cam gitu??

Moh ler kite bertenang yer.... ESOK CUTI!!! Jom pi jenjalan mana-mana. Tapi mesti setiap ceruk kat kl / selangor ni ramai orang. Aku plak dah janji ngan si kecik nak pi carik besday present for her cousin. Aaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrr sure dia ajak aku pi Toys r us punye. Tiba2 aje poket mama terkoyak.........huhuhuhuh

Okey, its time to start all the work. Lets take a deep breath. Breath in.... breath out...
Aku dah tenang sket dah. Haaaahahhahaha!!!


P/s: Adik P, apsal air pa'abas banjir?? Ishhk aku donga dlm radio tadik. Sian puan.... x dapek nak poie jalan kan.

Ehh eh... satu lagi, lupa nak tanya. Ok tak kalo aku nak pi nengok P Ramlee punyer musical theater?? kali ni punyer lagi best kot sebab Musly Ramly replace Sean Ghazi. Sebijik P Ramlee tuh.... Mesti nostalgia habih nie... Jom ler ramai2 kita pengi nengok yer!!




All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Monday, April 28, 2008

Boring....

Sekali lagi kita bertemu yer adik2 sekalian.... harharhar!!
Punyer laa real aku janji ari tuh yang aku akan update blog aku nih sekerap yg mungkin.... tapi malangnya.... mcm biase laaa.

I'm stil in d office now. Boring giler. Selalunya aku ditemani si kecik tue tapi hari nih parpar cuti. 3 days plak tuh. Ape lagi..... nak ikut parpar ler. Tadi lunch sama2 kat Subang Parade then they sent me to office. Tadi promise nak amik kul 5.00. Tapi laa nih x datang lagi. Am I suppose to get angry or not?? Kalu ikut perasaan nak ler marah.... tapi apalah faedahnya kan.

Kadang2.... kita harus berfikiran waras untuk memarahi seseorang. Kita kena fikirkan apakah PERLU untuk kita marah. Selalunya kita marah sebab nak releasekan perasaan panas yang membuak-buak dalam jiwa kita nih. Jadiknye kita kena bersabar sebanyak mungkin....

Ok... berdasarkan peringatan aku tuh.... jadiknye aku kena senyum bila parpar ngan si kecik tuh sampai....

Yea yea yea.... dah sampai.... aku stop dulu. Ntah bile nak update balik.
Bye bye.

P/s : Aku janji nak senyum jer.... (parpar musti heran jer....hihihihi)






All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Tuesday, March 18, 2008

Hiii.....!!!

Assalamualaikum....

Selamat bertemu kembali.... hahaha formal giler!!! Lama betul aku x update blog nih. Bukannye 'blogging mood' tue dah x dak tapi banyak betul activities yang menghalang aku dari trus memblogging.

Bila diingat balik last skali aku update November 2007 ari tuh. Hish lame tuh !! Dan selama aku x update tue ler..... bukan main banyak lagi kisah2 yang terjadi. Takpe... aku ingat laaa dalam sari dua nih aku list down kan citer2 yang menarik tuh.

Entry kali nih aku x leh nak citer panjang lebar sangat... just to inform that I'M ALIVE !!! Alhamdulillah.

Wokey, nanti aku update lagi.
See yaa....




All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Friday, January 11, 2008

Ahlan Wasahlan Muharram 1429 Hijrah


Satu muharram detik permulaan...
Perkiraan tahun Islam hijrah...
Perpindahan Nabi & umat Islam...
Dari kota Mekkah ke kota Madeenah...

Atas keyakinan & Imaan yang teguh...
Kaum Muhajeerin & Ansar bersatu...
Rela berkorban harta & nyawa...
Demi menegakkan Islam tercinta...

Hijrah itu pengorbanan...
Hijrah itu perjuangan...
Hijrah itu persaudaraan...
Hijrah membentuk perpaduan...

Oleh itu mari semua...
Kita sambut maal hijrah...
Tingkatkan semangat, tegakkan syiar Islam...
Untuk sepanjang masa....


Selamat Tahun Baru 1429 Hijrah ....
(Nie ler lagu yang semua orang dok nyanyi setiap kali sambut maal hijrah. Agaknye tak de ke orang nak buat lagu baru yer..???)

Selalunye kita sebok nak menyambut new year tahun masihi... tapi bila new year tahun hijrah, buat derk jer. Tak de ape2 yang menarik except for hari tuh public holiday.

Sepatutnya new year hijrah laa yang perlu disambut dengan penuh kemeriahan. Perlu diakhiri dengan doa dan dimulai dengan doa jugak. (Thanks to all frens yang hantar sms ingatkan aku about the doa). Sebabnye, kita mengharapkan yang baik2 belaka sepanjang tahun ni dan dijauhkan dari perkara2 yang buruk.

Semoga tahun baru nie akan membawa keberkatan dan keredhaan dari yang Maha Pencipta. Insya Allah. Harap2 nye jugak semakin banyak laa amalan soleh dalam kehidupan kita semua yer. Biar ler tahun nie jadik lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya. Jangan ler sama jer... nanti takde improvement plak. (Peringatan nie aku tujukan buat semua terutama skali diri aku...)

Tiba2 aku rasa macam nak recall balik kenangan aku sambut maal hijrah. Biasa laa, masa kat sekolah dulu... banyak laa jugak aktiviti tapi semuanya berjalan ngan lancar. Dalam erti kata yang lain, semua perintah dan arahan dari sekolah semuanya dipatuhi.... (sebab aku prefect... kena laa ikut semuanya !!) Jadiknya macam biasa jer laa, tak banyak yang happening sangat.

Yang paling 'kow' punye happening time sambut maal hijrah kat uitm. Hahahha... ade ker kakak MPP tuh paksa aku & the gang pakai baju kurung biru. Dah semua orang kalut carik baju kurung biru. Dua tiga hari tuh asyik dok aim aje sesape yang ada baju kurung biru. Apa lagi... nak pinjam ler !! Nasib ler aku ade baju kurung biru... siap batik lagi huhuhuh...

Tugasan kitorang, pegang sepanduk besar sambil selawat pusing keliling uitm (sambil selawat sambil kutuk bebudak uitm... termasuklah kakak MPP tuh... hihihihi). Jauh wooo berjalan.... Dah ler suruh berarak pagi2. Aku plak tak sempat mandi hari tuh. Nasib ler... sampai waktu tengahari, program pun habih.

Finally, aku & gang telah menyambut maal hijrah tahun ke berapa ntah... dengan jayanya.
(p/s: Adik pee & kakak piza ingat tak citer nih??)





All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.

Wednesday, January 9, 2008

Masuk ward ...

Lama jugak aku tak berkesempatan nak update blog... bukan tak dak citer tapi tak sempat. Thursday (3/1) ari tuh aku ingat nak story mory sket tapi buah hati masuk ward plak dah.


Posing ngan drip di tangan...


Thanks so much to all yang datang melawat & merawat. Aku dok kat paed ward tuh from Thursday until Monday... boring tuh...huhuhuh...!! Kalau nak ikutkan tak dak ler boring sangat tapi memandangkan 'orang sakit' tak bagi tukar channel tv, makanya aku kena laa tengok disney channel. Waaaaa....!!!



Bila aku tepon operator nak mintak password for wireless internet... hampeh !! Maaf yer puan, kami tengah upgrade system. Jadik nyer internet takleh guna dalam masa terdekat nih. Wadduuuhhh..... bagai ditoreh2 jantung aku nih. Yer ler. Apa aku nak buat kat ward nih??



At last kerja aku tido, makan, tido, makan....



According to doctor, sejenis virus telah masuk dalam perut pinkie pie aku... lalu mengeluarkan sejenis penyakit yang namanya (if i'm not mistaken laaa) 'Gastroenteritis'..... anybody pls help me with the spelling !!!! I don't really know how to explain this in detail but what had happened to her was
1. muntah2
2. cherry berry
3. headache
4. fever



To all parents, beware !! Kalau ada sume simptom tuh, sila laa bawa anak anda ke hospital untuk rawatan selanjutnya.


Sapa yang sakit nih??? ... siap main sliding kat atas katil !


DSH model of the year....


As an appreciation aku upload ler photo doctor ngan nurses yang dok jaga pinkie pie day and nite. Sorry yer nurse.... pinkie pie suka betul ler press help button yang red color tue..


Nie nurse yang sungguh penyabar... and lemah lembut kan!!!


Nie doctor yang cucok tangan pinkie pie tapi tak nangis !!! Caya laa doc... u r my hero... tapi ward review fee mahal laa doc... huhuhuhuh!!




P/s: To all readers, skrang nih slow sket update blog yer.... sebab aku sebok dok tengok tv series yang baru... 'Friday Night Lights'. Aku baru beli....best gak tapi tak leh lawan ngan Desperate Housewives & Grey's Anatomy... (bagi aku laa) tapi best laaa. Series nie kalau tak silap aku kat NBC dah season 2. Pegi ler beli kalu nak tengok....


Clear eyes, full hearts, can't lose... happy watching guys!!

 /





All Rights Reserved. Copyright (c) 2008 Chilli Bubble.

Wednesday, January 2, 2008

Pinkie Pie Tak Sihat....

Hari ni supposed aku gi kerije... tapi memandangkan pinkie pie pening kepala, demam, muntah2 & sakit perut, so aku tepon (sms-ed) 2nd boss aku (aku ade 2 boss - satu big boss and satu lagi aku refer as 2nd boss).


Pagi2 tadi aku sms bagitau aku masuk lambat. Memang pun, aku ingat boley laa datang dalam kul 12.30 gitu. Tup tup... aku tengok pinkie pie terbaring kat katil.... fall asleep after she came out from the toilet. Alahai kesiannye... sempat pakai 'spender' jer.


So, aku pun terus tepon 2nd boss aku, bagitau yang aku tak datang today. Tengok laa, if tomorrow she still have the pain then i'll bring her to see dr. Ajiji (the doc's real name is Azizi... tapi pinkie pie slalu sebut mcm gitu).


According tu my norm, aku bukan main suka lagi kalu tak pegi kerja... tapi hari nih aku tak sedap hati plak tak masuk ofis. Sebabnye.... kerja melambak tak siap lagi. Tak pela... be cool. Nanti esok aku cuba siapkan walaupun aku rasa macam tak boley. Banyak tuuuu.....


Eh, hari ni start sekolah kan. Pinkie pie start next week (7/1). Pagi tadi aku kluar pegi pasar segar depan rumah aku ni haa, nampak laa berbagai2 karenah budak2 baru masuk sekolah. Apa pun, kepada semua adik-adik & anak-anak....

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !!!!


P/s: Dear parents, simpan semua dvd, game boy, ps2, etc dalam wardrobe. Kalau boleh letak padlock skali. Hihihihihi.... budak2 mesti bengang ngan aku.


Homework is coming back!!!! (Cikgu! Bagi banyak sket kerja kat dorang yer...)


Oh ye... Che Sue (my youngest sister) masuk 'ser-ra-mer' yesterday! Nangis mak aku. Yea laa anak bongsu. Kesian kat dia...


Pinkie pie ngan che sue macam belangkas kalau jumpa. Kalau nak berpisah siap nangis2 lagi. Satu hari laa kan, che sue bagi tau pinkie pie yang tak lama dia nak masuk sekolah asrama. Alih2 masa citer kat aku pinkie pie cakap "Ma... tak lama lagi kan che sue nak masuk serame... nanti tak dapat laa dia datang selalu kat umah kita kan...!!" Well, dari situlah the word 'ser-ra-mer' comes out!!!


Anak sedara & mak sedara sedang sebok bergosip laa tue...

All Rights Reserved. Copyright (c) 2008 Chilli Bubble.

Tuesday, January 1, 2008

HAPPY NEW YEAR 2008...

Happy New Year !!

Selalunye bila tiba new year sebok laa orang cakap pasal azam... azam baru ler, azam lama ler... For me, azam ni kena continuously ada dalam diri kita. Tak payah nak tunggu new year. Kalau setakat new year jer nak ingat azam... habih jer January, dah tak ingat dah. Nanti bila December datang baru nak ingat balik azam awal tahun dulu. Hampeh !! Tak payah laa nak berazam kalu gitu ler konsepnya.

Whatever it is, i hope this new year will bring us a lot of happiness... Insya Allah.

P/s: Tadi aku gi One utama.... banyak gak yang sale hihihihihi. Nie aku listkan mane kedai yang sale... nie boley dijadikan petunjuk gak nih.
1. zara
2. mark & spencer
3. esprit
4. la senza
5. all departmental stores
6. pumkin patch
7. osh kosh ... etc. pegi aarrr sendiri. Banyak sale tapi aku pun tak dak beli apa2. Nak tahu tak nape aku tak beli ape2??? Sebaaaaaaaab...









AKU TAK DAK DUIT!!!!!


Saturday, December 29, 2007

Welcome back...!!!

Haaah..... lega rasanye dapat dok ngadap laptop aku nih. Bukan ape, aku dah lame dah berniat nak continue blog aku nih (lepas raye ari tuh). Tapi memandangkan banyak benor keghoje yang nak disettlekan... maka nie ler jadik nyer...







1. Merry Christmas...


Kepada sumer member2 aku yang menyambut Xmas... merry christmas aku ucapkan...


Happy 28th Birthday to my brother in Kemansah Ulu Klang... tenkiu ler belanja kitorang sumer makan kat Kak Ieta Steamboat... kenyang giler aku malam tuh!! Balik umah jer terus nyesal sebab perut dah full sangat. Moh aku aku bagi ranking for that restaurant. 2 out of 5... ok ke?? Yang aku makan banyak tu sebab lapar yer. Aku rasa ranking aku ni boleh ler dijadikan 'petunjuk' sebab aku ni big fan of steamboat... ade lagi tempat yang lagi best. Percaya laaaaa....





2. Benazir Bhutto...


Hah... aku rase ini ler news yang terhangat sekali dua tiga hari nih. Aku pun sebok same... x penah2 aku layan sepenuh hati channel cnn tue haa (except coverage for tsunami & katrina dulu) ... tapi kali nih, siap surf internet lagi.


Let me be frank... aku rase sedih laa dengan kematian dia. Aku pun x paham naper ler jiwa aku ni macam dirobek2 rasenya... aku pun pelik ngan diri aku sendiri. Selame ni pun aku bukannye kisah sangat pasal politik dunia nih.

Tapi thats the reality. Aku rasa in sumer 'conspiracy theory'. Sebabnya, kalau laa dia sempat ngan election which is on 8th January nanti, mesti menang punyer. Itulah yang sangat ditakuti oleh lawan2 dia. Tup tup... adelaa pulak statement 'Al-qaeda blamed Bhutto's death'. Hah itu ler dunia nih.

Whatever it is, aku rasa dunia especially Pakistan kehilangan sorang pejuang wanita muslim !! Kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat... dan semoga akan muncul seorang pemimpin dari bumi Pakistan yang akan membela nasib penduduknya. Insya Allah...





3. My family is here...

Family aku ada kat sini. Jadik aku memang ler banyak aktiviti yang nak dibuat. Kejap pegi Pyramid... kejap pegi Jln TAR, kejap pegi ofis... etc. Tue ler antara puncanye aku tak update blog aku ni.

Wokey... nanti lepas nih boley update selalu.... See ya !!!


Friday, December 21, 2007

Salam Aidiladha...

'Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Lailahaillahuallahuakbar
Allahuakbar walillahilhamd....'

Selamat Hari Raya Aidiladha aku ucapkan pada semua.

Hooorey... aku dah ada kat kampung skrang. Dan orang yang paling gumbira skali of course ler my pinkie pie. Aku biase jer laaa... tatkala usia makin meningkat nih hari raya lebih kepada perjumpaan sedara mara dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. X gitu ke??


Ini kes boring melampau on the way balik kampung...


Ini yang paling aku menyampah skali... abang driver tue ler yang smoking dalam bus ari tuh (bukan yang nampak kasut tue tau) ... Yang herannya dalam bus ada tampal no smoking... x paham betul aku... repot baru tau !!


Tapi yang sedihnye... laki aku tak dak pulak dah di hari raya kali nih. Belum sampai lagi... ape yang aku tahu jalan memang laa jem giler. x pelaa lambat pun asalkan selamat. (Yeay... laki aku dah selamat sampai yesterday kul 12 malam)

Bakal menjadi korban...


Moga-moga korban kita diterima Allah. Insya Allah...


Ini daging goreng... lembut jer isinyer...


Ini plak sup daging... best giler!!

Jap lagi aku nak gi kenduri bini pakcik laki aku. Esok plak umah pakcik laki aku... phuuiihh penat wooo...

Anyway, aku balik subang jaya ahad nih... i miss my home!!! Nanti aku continue balik kat umah.



Tuesday, December 18, 2007

JCO ATTACK...... !!!

Aarrggh...!!! I went to Jco (again) today. Ganas betul penangan Jco nie. Like yesterday I bought 1/2 dozen lagi skali. Smalam punyer x abis tapi bangun jer pagi bawak gie ofis then panaskan ngan microwave. Peerrgh.. sedap sungguh.

Today aku pegi lagi Pyramid during lunch hour. Aku ingat x moh ler beli doughnut lagi. Alih2 beli gak. Imaan siap sound aku "Ma... larat ke mama nak beratur ??" Aku without guilty... "A'aah... mama x boley tahan laa nak makan doughnut nie.."

Aku siap promote lagi kat dia... doughnut color 'PINK'. Ape lagi si kecik tue, terpengaruh ler ngan aku. Member mane boley nengok pink color.... she's addicted to pink.

Besok aku nak balik kampung nak raya haji. So kepada sumer aku wish 'Selamat Hari Raya Aidiladha !!' Sesape yang drive tue (termasuk laa my honey bumblebee...- aku balik dulu ngan my pinkie pie...) be careful... skrang nih musim hujan. Jangan bawak laju sangat.... pelahan sangat pun jangan...
Kepada yang gi buat haji tue... moga2 mendapat haji yang mabrur laa yer. Insya Allah...

I am a bloger !!

Ok... this is the 1st time aku blogging nih. Ntah ape ler anginnye aku teringin gak nak ade blog. Dalam entry nih buat julung kalinya (cheewah..) aku nak citer pasal doughnut...
Adik pee (1 of my best-est fren) sibuk dok citer pasal doughnut Jco... aku dengar jer... boo layan pun ade gak.
Just now I went to Sunway Pyramid with my little princess (imaan) and hubby. Jalan punye jalan, eh eh nampak Jco ler... tapi Q nyer mak ooiii... panjang giler. Phuuiih... tapi disebabkan aku terpengaruh ngan adik pee & cucez maka aku pun jadik ler a part of the Q. Tapi x sempat ler plak nak ambik gambo Q tuh.
Dah abih Q... aku makan sebijik kat Pyramid sambil nak gie kat parking.... wooooiiii!!!! Adik pee... sedap kan... lagi besh dari Dunkin kan. The price pun a little bit expensive compared to Dunkin.

1/2 dozen for RM 11.50

Ada 6 ketul... 1 dah hilang !!

Inside the box...


Wokeh... dah ler pasal doughnut.

I think that's all for today. Mata aku nih dah nak tertutup dah. Chioow...

I'M A BLOGGER... !!!

 
Template by suckmylolly.com - rearrange by ali aman