Sampai kat ofis pagi ni, dgn rasa yg penuh semangat aku ingat nak siapkan kerja2 yg x siap2 lagi. Senyum bukan main lebar kat budak2 staff. riang laa tuh kononnya.
Masok bilik.... bukak lampu.....senyum lagi,
bukak aircond......masih tersenyum lagi.....,
amik laptop sambil nyanyi lagu minah indon ape tah ..lagu 'ethiopia' tuh....
gembira nampak.....hihihihi....
tekan power laptop....... mood senyum tuh masih x hilang....
TAPI....................lama tunggu, x kuar gambar pon......langsung x de.....time ni dah x tersenyum dah...
biar betul....... ari nih laa pulak nak buat hal..... time aku malas nak buat kije, x nak laa pulak jadik.
Kira punah laaa harapan untuk hari nih. Trus bukak tv layan mtv....
Pastuh pegi beli tiket firefly adik aku kat subang airport.....
Pastuh pegi shah alam mall......nak repair 'benda' yg rosak tuh.....
Aiikkk!!!! Boley x.....depan adik komputer tuh, elok aje dia menyala.... keluar gamba bagai....
mangkuk betul ler, time aku tekan tadi x nak menyala.
eksyen ler adik komputer tuh.....tangan magic konon!!!!
Wokes......semangat sudah dtg balik.....sampai ofis....on power....dgn bangga dan rela dan senang hatinya, aku rasa mcm nak baling aje kat kuar tingkap..... elok jer x nak menyala balik......
mula laa mulut aku nih baca jampi serapah yg tah ape2.
lantas.... aku yang bengang nih trus balik..... amik cik imaan dan gi makan CINNABON.....wakakakakakaka.....
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Wednesday, August 5, 2009
Pagi yang 'terharu'.......
Posted by Che Tee at 10:53 PM 0 comments
Thursday, June 25, 2009
Autobot VS Decepticon
Wooo.... hebat betul serangan transformers kali ni. habis semua hall disapunya. itu pun belom dapat menampung permintaan ramai.
Aku pun tergolong laa jugak dalam lautan manusia yang terhegeh2 nak dapatkan tiket. Padahal aku dah tahu semua tiket sold out. siangnya aku dah call semua cinema, jadik aku dah dapat jangkakan kekecewaan yg bakal aku hadapi.
After office hour, amik cik imaan dari sekolah trus ke cineleisure damansara. nak dapat parking pun payah. finally ada jugak.
Memang seperti yg kujangka, tiket sold out. yang ada pon seat tak menarik. alaaa seat yang betul2 kat depan screen tuh. issshhh....tak sanggup aku mendongak for about 2 hrs.
Dgn pantasnya, aku made up my mind... beli aje yg next week punye. tentu2 aku boleh choose time & seat yg aku suka. untuk pakej yg lengkap, 3 tiket dah dibeli.
Bila dah beli, alamak!!! baru teringat on that day cik papa tak de pulak. eemmmpphh... so 1 seat is open to sapa2 yg nak.... dan boleh pergi.
So sudahnya, bukan outing tengok transformers tapi dinner kat ikea bersama-sama. tak kisahlah tujuan outing tuh apa, tapi yang penting pakej tuh lengkap.
Ada mama, papa dan cik imaan....
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 3:52 PM 0 comments
Tuesday, June 23, 2009
Report Card Day....
Semalam merupakan report kat day kat sekolah cik imaan. aku secara rasminya telah dijemput dgn surat bercop guru besar lagi.
Cik imaan pon dah sound banyak kali, mama mesti datang jumpa cikgu tau. of cos laa tanpa keraguan, aku akan pergi......
Pukul 2.15 ptg, aku muncul kat sekolah dgn cik papa.
Semua result rasmi untuk peperiksaaan pertengahan tahun, dah dapat. cik imaan dapat no 19 with overall marks is 90%. budak yang dapat no satu dapat 98%. ok laa tuh. still 90 lagi. lagipun, difference dia x banyak pon.
Tapi, sepanjang aku perhatikan semalam, semua student sungguh gembira hati mereka. macam ada occasion ape jer. Riang ria betul.....
Bila aku imbas balik time aku dulu2. kalau hari FAMA datang sekolah nak amik repot kad, woooooww.... itulah hari yang paling ditakuti dalam dunia. x de mana nye nak berlari-larian ke sana sini. itu yang kalau dapat merah aje.... haaa mula laaa rasa macam nak tiru sign tuh. tapi so far aku x penah laa tiru. cuma RASA nak tiru.
Kalau FAMA ada hal sampai x bley pegi sekolah.... yeaayy sungguh gumbira sekali. tapi itu jarang2 dan kadangkala macam sungguh mustahil untuk terjadi.
Berbeza betul zaman dulu dgn zaman skrang. x de langsung perasaan takut ke, cuak ke, berdebar ke...... semuanya seperti hari2 biasa saje. malah dorang rasa sungguh gembira sebab lepas amik repot kat trus boleh balik rumah. HHmmmmm........
Petangnya, aku menjalankan operasi dgn cik imaan. operasi basuh kereta. aku basuh dgn sabun, cik imaan siram air. lama2, bukan siram kereta dah, tapi siram mamaaaaaaa!!!!!
Aku sebenarnya bukan rajin sangat nak basuh kereta tu. Kalau aku basuh kat aneer station minyak esso tu, 8 hengget aje dia cas. tapi kegembiraan untuk bersama-sama dgn cik imaan itu yang aku nanti-nantikan.
Bukan main lagi dia berlari2 kat kawasan yg sekangkang kera tuh. Terkekek2 ketawa bila dah kena sembur dgn aku.....
Katanya, nak basuh kereta lagi. Aku ingat next week laaa... penat wooooooo!!!!
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 3:14 PM 0 comments
Monday, June 22, 2009
MANA SETANGGINYA....
Baru aje sebentar tadi aku pegi tengok karya Sasterawan Negara ke-7, Dato' Noordin Hassan yang bertajuk 'Mana setangginya...' di Panggung sari, Istana Budaya.
Malam ini merupakan hari yang terakhir untuk persembahan teater tersebut.
Macam biasa, bagi aku yg memang meminati teater nih.... amat menarik sekali. Tetapi kalau x suka layan teater, mmg perasaan boring akan naik ditahap gaban.
Tapi aku ada pengikut baru....cik imaan tanya soalan "mama, nanti ada x mana setangginya 2? Imaan nak tengok."
Aaaaa???!!! siap nak tgk mana setangginya 2 tuh. dia ingat ni cerita bersiri ke??
Aku mmg x menjangkakan langsung soalan sebegitu nak terkeluar dr mulut dia.
Pada pandangan aku, dia mesti boring betul tengok teater yg mesejnya amat berat sekali. biasa laaa, sasterawan negara yg buat. mmg ler jln cerita tu sungguh sastera sekali!
Dan cik imaan x terlelap walaupun sesaat. x rugi duit mama. (kalau laa aku berumur 7 tahun, SURE MESTI AKU TIDO!!! )
Okeh, aku malas betul nak komen bnyk2 pasal teater ni. Carik laa sendiri komen ke sinopsis ke, kat dlm website mana2.
Apa yg aku pasti, BEST.....!!!!!
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 12:02 AM 2 comments
Sunday, June 21, 2009
Father's Day....
Happy Father's Day Abah!!!!!
Thank u for being such a great father.
Thank u for being a good listener.
Thank u for always being there.
Thank u, thank u, thank u...!!!
Oooo Allah, i'm so grateful to have this man in my life...ameen!!
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 11:48 PM 0 comments
Thursday, June 18, 2009
Cik Imaan bengang.....
This is about cik imaan's blog yang bertajuk 'first time traviling alone' (sebijik mcm dlm blog penulis yer). untuk memahami cerita ini, haaa silalah ke blog cik imaan yer...
Pagi ni, sampai aje di ofis, teringat nak check blog cik imaan. eemm well.... banyak jugak entry yg dah updated. tapi latest entry tuh macam pelik aje aku tengok. ada tajuk tapi isinya.... hanya si penulis sahaja yg mengetahui.
Bila aku ingat2 kan balik.... ooowwh ada satu malam yg hening, aku tengok dia semangat betul nak update blog.
Siap makan cepat2, mandi cepat2, buat homework ape semua.... trus ngadap pc.
aku macam biasa ada kat dapur.
settle semua chores kat dapur, aku intai cik imaan....
Aaaiiikkkss!!! tgh temenung atas katil dah. aku tanya apsal, dia jawab "Imaan nak sgt update blog tu.... tapi imaan x tahu tulis macam mana....., boleh x mama tolong buatkan??"
Opppsss.... nope. I'm sorry. Blog Imaan, Imaan yg kena update. x aci laa kalu mama yg updatekan. nanti org baca, dia ckp eh.... budak ni punye blog bukan dia tulis sendiri nih. mak dia yg tulis..... bla..bla...bla...
Banyak laaa argument mlm tuh. last2, mcm biasa mestilaa mama juara!
Yg sebenarnya, dia teramatlah penat hari tuh. aku tahu laaa.... jadik idea x dtg2. tambah pulak dia nak aku teman dia mlm tu tapi aku nk siap kan kerja2 kat dapur dulu.
Kesian anak mama. nantilah, aku coba bg semangat kat dia.... so that she will continue the story for that entry. menarik bangat cerita tuh.
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 10:28 AM 3 comments
Monday, June 15, 2009
Drinking water....
I'm back!! Time of arrival 12.11 midnite. Woisshh penat sungguh seluruh anggota badan aku ni. Semua jenis sengal ada.... sengal kat mata, lengan, kaki,..... semua laa kiranya. Sampai laa ni pun, leher aku macam terlari sket alignment dia. Itu belom lagi amik turn bawak kereta.
*************************************************************************************
Lately nih aku sebok laa memikirkan pasal nak beli water filter yang baru. Zaman dolu2 aku dah penah guna Nesh water.... tapi aku rasa x berapa nak best.
End of last year aku pi beli plak filter Backfree. Satu, macam roket yang duduk kat luar rumah, satu lagi kat dapur. Still aku rasa air yang aku minum direct dari paip tuh x menarik perisanya.
Kadang2 ada perisa macam klorin...kadang2 rasa macam karat... tapi masa aku beli dulu, mmg salesgirl tuh dah bagitau, air nih kalu nak minum...boleh aje tapi untuk kanak2 x sesuai. Aku rasa brand bacfree nih bagus untuk filter yg macam roket tu. Yang indoor punyer dorang blom expert lagi.
At first, aku malas laa nak melayan perasaan ala-ala kemewahan tu. Tapi makin lama, aku rasa air tu dah x sesuai diminum oleh cik Imaan. Dah laa setahun masuk wad dalam 3-4 kali.
Bila aku buat statistik yang agak detail, pada firasat aku mungkin datang dari air minuman. Sebab cik Imaan mana ada makan junk foods. Coklat x makan, sweets x makan, soda drinks x minum, fast food kureng, jadik amat jelas sekali....
AIR MINUMAN YANG MENJADI PUNCANYA.
Jadiknya, aku nak berikhtiar laa nih. Aku nak carik filter untuk drinking water. Walaupun reganya ribuan hengget.... tapi semua tu x boleh diganti dgn kesihatan aku sekeluarga.
CUMA masalahnya sekarang, apakah jenama yang paling bagus untuk dibeli...??????? Aku 'keliru'.
p/s: hey guys..... kalau ada masa, bukak laa blog ni imaan-amirah ....haahaahaahaa cik Imaan dah ade blog!!!
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 11:34 PM 0 comments
Friday, June 12, 2009
Balik Kampung!!!
Petang ni, Insya Allah aku nak balik kg lagi. Menjenguk bonda yg baru aje lepas buat bypass surgery pada 26/5/2009 tempohari.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar. Kesemua ahli keluarga berada di sisi bonda sebelum, semasa dan selepas pembedahan. Kecuali salah seorg adik aku, yang baru aje beranak beberapa hari sebelum tu. Harapnya, selepas habis pantang boleh laa balik menjenguk bonda terchenta.
Walaupun sesi balik kg kali memang pendek dan kata org... x berbaloi gitu, tapi itu x jadi masalah dan penghalang. Apa yg penting, aku nak jumpa bonda. Aku nak tengok progression after d surgery. Masa aku tinggalkan bonda sebelum balik KL hari tu, masih agak lemah sbb baru aje discharged dr hospital. Doaku semoga semangat bonda kuat supaya segala sel2 yg dah digodek dan dirobek oleh doktor cepat kembali ke prestasi yg sediakala.
Aku harap bonda cepat2 pulih dan sihat. Terasa rindu pulak nak pegi berjalan bersama2, shopping kat kl bersama2. Tapi yg penting sekali aku ingat nak ajak bonda pegi Guangzhou laaa....hehehehehe...!! Kalau bonda dah sihat sure dia setuju punya. Insya Allah.
Okes, i'll be back in KL on Sunday. Monday, cik Imaan dah start sekolah. So, everything will be back to normal except for papa....."cuti ke, tak cuti ke.....sama aje..!!!!" Waaaaaa......bestnye!!
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 11:43 AM 0 comments
Thursday, June 11, 2009
The truth....
I really really want to update my blog each time I switch it on.... but there's a lots of priority job that shud come 1st. Rasa macam berdosa yg amat if I can make sure my blog is updated but keje yg menimbun x siap2.
Even now.... the works are still here and I truly have a tonnes of it!!!!
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 10:43 AM 1 comments
Thursday, May 14, 2009
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009
Exam datang lagi.... yeahaaaa!! Seperti biasa.... siapa yang paling menggelabah bila cik imaan nak periksa?? Bukan tuan punya body tapi MAMA. Bezanya, mama agak rileks sket sebab cik imaan macam dah khatam sumer subjek yg masuk exam. Macam dah khatam laaa.... mama x berapa sure pulak bila dalam exam esok kan.
Exam dah start dari hari Selasa yang lepas. Hari ni baru nak story. esok peksa Feqah ye puan-puan...
To Imaan: Gud Luck bebeh.... pegi laa tido... nanti esok x bley bangun.
To papa: Kejap lagi nak betolak pegi Perlis. Melawat sahabat pulang ke Rahmatullah. Drive carefully babe!
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 9:14 PM 0 comments
Saturday, April 11, 2009
Tak Payah Tukar Kelasssss....
Ape hal plak tetiba aje tajuk 'Tak payah tukar kelassss....'.
Haaa itu laa kegembiraan cik imaan yang terblink-blink (boley ke terblink2??) bila aku amik dia kat sekolah hari khamis baru nih. Emm result peksa baru nih dah keluar. Alhamdulillah peserta tunggal aku akan kekal di kelas 1A. Semoga sampai darjah 6 pon x payah tukar kelas laa.... Insya Allah.
Masa hari cikgu bagi result, peserta aku agak berduka lara sket. Bila aku tanya, oowh dia dapat no 13 from 29 org. Pada mulanya hati kecil aku ni agak sedih jugak laa... tapi setelah aku buat kajian terperinci pada result yang cikgu bagi, hati aku jadik tenang dan gembira balik.
okay jom kita tengok....
1. Math A+
2. Science A+
3. B. Arab A
4. B. Melayu (1) A+
5. B. Melayu (2) A+
6. English A
7. P. Seni A+
8. Tauhid A
9. Akhlaq A+
10. Feqah A
11. Jawi A
12. Khat A
P/s: Markah aku x bley letak sbb tuan punya badan x tak bagitau. Jadik secret. Tapi overall percentage is 91%.
Berdasarkan result di atas, wajarkah anda bersedih lagi? Kalu sedih jugak, maka akan tergolonglah kita dalam golongan orang2 yang tak bersyukur. Cheewaaahh. Oleh itu, sekali lagi aku nak ucapkan 'CONGRATULATIONS!!' to Imaan..... keep up the good work bebeh.... mama x kesah pun dapat no berapa asalkan all subject dapat A and percentage above 90%.
Jangan sedih tau Imaan.... apa2 pun Imaan x payah tukar kelasssss..... yeaah!!!
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 9:47 AM 3 comments
Thursday, March 26, 2009
Physiotherapy....
Pagi tadi aku pegi physio... baru balik rumah. Semangat begitu membara nak update tapi ape kan daya.............
.........................................................................................................................................................................
Aku ngantuk. Nanti bangun, petang karang aku citer. Hihihihi (ada secret, wa bawak keter sendiri pegi spital...aaaarrrr jangan marah!!)
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 1:52 PM 1 comments
Wednesday, March 25, 2009
Haiya Bil Arabiah.....
Wooiissh... ngeri tengok tajuk tu. Aku konon nak tulis mari belajar bahasa arab dalam bahasa arab laaa.... tapi aku pun dalam level intermediate gitu. So agak x sesuai kalu nak buat2 pandai. Tiba2 aku teringat slot dalam radio I*KIM... ada kan slot belajar bahasa arab. Itu laa tajuknya. Sapa yang penah dengar I*KIM fm, tahu laaa.... Cheewah.
Disebabkan hari ni cik kak ada test bahasa arab... revision telah dijalankan dgn begitu komprehensif skali. X PERCAYA...??? Tengok laa gambar kat bawah nih. Haaa lepas tu 'Lu Pikir Laa Sendiri...'
Dua2 gambar kat sebelah kiri ni sesi latihan pecahkan huruf bersambung (term dari yg empunya badan). Asal dah siap... dia sign "Dah Siap"....
Kira bahagian ni... expert laa.
Yang ini pulak, sesi buat huruf bersambung. Setelah dinilai oleh jemaah peperiksaan... kemahiran menyambung agak kureng... jadik ingatkan kena buat satu lagi latihan....Latihan diteruskan... sempat buat sampai no 4 aje. Lepas tu, cikgu tengok anak murid macam meliok lentuk x de mood. Kejap nak air, kejap nak shishi, kejap masuk bawah meja.... Cikgu pon kira halal aje laaa. Pegi laa tido kalu dah ngantuk.
Perasan tak ade tulisan yg x berape clear kat atas sekali dalam ketas sebelah nih ???
Itu pesanan sebelom tido. (sebab cikgu tido dulu...hahahha)
"beli pensel hot okey mama"
Dapat tangkap apakah pesanan itu??
Haa disebabkan otak aku ni sentiasa malangkaui pemikiran cik kak, maka aku faham.
Dia order, nak suruh beli pensel KHAT.....hahahaa!!!!
Hari nih ada test khat. Mana laa aku tahu kena pakai pensel khat. Time dolu2, aku pakai pensel biasa je... cuma time asah tu kena pakai pisau. Pas tu kena kasi serong sket. Aku pas baton kat mr hubby suh carik pensel tuh before dia test. Dah settle dah.
Akhirnya, sebelum tido... setelah baca doa.... inilah revision terakhir untuk berjuang di esok hari...( hari ni laa).
Abis ketas konyok2, petanda begitu bersemangat menghafal. Alhamdulillah, buat spot check pagi nih... dah hafal semua KECUALI.... nak sambung huruf %#%$$%@#@$%$... x kesah laaa imaan... buat jer apa yang imaan tau. Kalau x tau jugak baca doa tulis aje ape2... jangan tulis 'TAK TAHU' sudah. (Dah pernah terjadi yer puan2 sekalian... )
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 11:49 AM 5 comments
Tuesday, March 24, 2009
2nd Day @ Home.....

Posted by Che Tee at 2:16 PM 4 comments
Monday, March 23, 2009
1st Day @ Home.....
Dari semalam lagi aku dah discharged from hospital. Riang betul hatiku ini. Bukannya apa, x tertahan dah keboringan aku kat hospital tu. Ptg dalam pukul 4.35 selamat tiba di rumahku sorgaku....
Hari ni pulak dah start sekolah balik. Cik Kak exam hari ni. Sebenarnya, Ujian je. Tapi ala2 scary gitu... bagitau exam. Eeemm cik kak aku nih kalau cakap exam ke, ujian ke, muka still cool aje. Kiranya, aku lagi gementar laa pagi2 nih compared to her.
Ini jadual for today:
8.15 am - 9.15 am: B. Melayu 2
11.00 am - 12.00 : Maths
2.30 pm - 3.3- pm: B. Melayu 1
Gud Luck Babeh.....yeaaaaa!!!!
Sambung balik... baru aje 1st day kat rumah after surgery.... tapi aku tengok semua jam kat rumah aku ni bergerak.... ya Rabbi, perlahan betul. Tahap keboringan aku dah memuncak betul. Doc approved mc sebulan. Wooooooooo..... mati kutu makcik kat rumah. Kalau sehat sejahtera okay juga, kira macam banyak house chores yg boleh buat..... ni duduk aje atas katil... lepas tuh baring..... lepas tuh duduk.... lepas tuh baring.... lepas tu duduk balik....ohhh tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk!!!!!
Aku kan sebenarnya ade cita2 laaa petang nih nak masak sket. Alaaa yang simple2 aje... tapi cuak juga aku nak pegi dapur tu. Syyhhh... aku dah kluarkan ayam kat sink. Hahahha....Takut mr hubby jegilkan bijik mata dia..... tapi tahap boring aku dah maximum dah.... meh aku bagi lagu sket..."sungguhku tak mampu...' selebihnya lu sambung laa sendiri.
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 12:18 PM 3 comments
Sunday, March 22, 2009
A New Day Has Come....
Update blog hari nih semacam tak berupaya nak bagi ayat2 penuh. Aku still kat atas katil hospital. Jom layan kronologi kes masuk hospital kali nih.
Actually aku dah agak lama suffer back pain nih. Tapi ala2 superwoman gitu, buat x layan. Asal activity seharian berjalan lancar, x da hal. Sakit??! Itu belakang kira... nasib ada mr hubby tolong tenyeh2 kat spine aku. Kesian kat dia... x jemu2 bagi pertolongan cemas. Cumanya bila dah agak kerap sakit tuh datang... hah superwoman tuh tinggal nama jer.
So, in December 2008... aku pegi surrender ngan spine surgeon kat hospital. Buat X ray... x nampak apa. Macam sihat. Tak puas hati aku mintak nak buat MRI at my spine lumbar. Dapat result tak yah cakap banyak, confirm kena operate.
Dah lama sangat fikir bila nak go for the mission, harinya pun tiba....
Apa doc nak buat? Discectomy... mula2 nak scope aje tapi last minit change to plan B. Open surgery pulak.
Kat bahagian mana? L4 - L5 & L5 - S1 (2 tingkat)
19 March 2009 - Petang dalam pukul 4.45pm datang hospital nak masuk ward. Tunggu punya tunggu, full house!! Aku terserempak dgn doc in charge, dia bagi green lite balik tido kat rumah. Esok datang balik. On the way balik, sempat lagi layan kari kepala ikan kat uptown. Layaaaaaan.....
20 March 2009 -
8:00am : Arrived at hospital. Full house x habih2. Ramai betul orang sakit skrg. Aku dah start puasa dah. Pagi tadi makan roti sekeping dalam kereta. Tunggu punye tunggu...lama betul. Iiiish tension juga, tapi ketensionan itu semakin bertambah bila x boleh makan. Akak admission tuh bagitahu bilik dah ada tapi penghuninya belum nak balik lagi.
12.45 : Kowtim baik punye dgn akak admission tu, diorang hantar aku pegi HDU (high depency unit) for Pre-Op. Debaran sudah bermula....
3.05 pm : Masuk dalam OT. Lepak laa sorang2 kat dalam tu.....
4.00 pm : Masuk dalam OT 2. Borak2 dgn doc kejap....ketawa2 sket.... ZZZZzzzzZZZZzzzzz. X tau ape dah jadi.
6.45 pm : ntah sapa yang kejut suh bangun. Hah!! Mission accomplished.... zzzZZZZzzzz tido balik. Malam tido agak lena sebab ubat bius still doing the good job.
21 March 2009 - Physioterapist datang ajar berjalan. Ok, lulus. Dah boleh pegi toilet & mandi sendiri. Malamnya buat application nak inject pain killer. Dia punye sakit sudah mari.
20 March 2009 - Hari nih pagi2 dah siap mandi. Physioterapist nak bawak pegi exercise. Semangat gitu. Good news, yesterday doc cakap hari nih mungkin boleh balik. Yeeehaaaa!!! Kita tunggu dia datang kejap lagi. Nanti update balik. Nak bersantap kejap...
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 8:11 AM 3 comments
Wednesday, March 11, 2009
Bonda....
Semalam, ayahanda menghubungi aku untuk memaklumkan satu berita yang agak menyedihkan. Bonda telah dimasukkan ke hospital sebab keletihan yang melampau. Tapi ayahanda bagitahu keadaannya agak stabil cuma perlu banyak berehat.
Sememangnya, banyak juga sakit bonda lately nih. Kencing manis ada, darah tinggi ada, terkini lagi.... jantung pulak. Bak kata bonda pada aku....Pakej lengkap!! Bukan aku yang cakap tuh.
Tak mengapalah bonda. Inilah ujian Allah kepada kita sebagai hamba-Nya. Walau macam mana kita menjaga diri kita, hanya Dia yang berhak menentukan. Kita perlu menerima apa yang direncanakan pada kita dengan penuh redha...
Sebagai anak.... hanya doa yang berpanjangan dapatku panjatkan. Semoga bonda cepat sembuh dan sentiasa sihat dan ceria seperti sedia kala. Insya Allah.
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 2:48 PM 0 comments
Monday, March 2, 2009
Emergency Call!!!!
Di pagi Isnin nih... aku dah kuatkan semangat aku supaya segala kerja yang masih tertangguh di ofis disiapkan. Tak lupa juga aku berdoa supaya minggu ni menjadi lebih baik dari minggu yang terdahulu. Insya Allah.
Ketibaan aku di ofis agak terlambat sedikit dari hari biasa gara2 pegi breakfast ngan mr hubby. Bila dah masuk bilik, kerja pun bermula. Sambil2 tuh sempat jugak laa login 'FB'. Kejap jer... then bergosip kejap ngn adinda di laman 'YM'. Kejap jer.... sungguh2 kejap. However kerja tetap berjalan.
Tengah semangat bekerja berada pada tahap maksimum, handphone aku berbunyi. Alamak !! Cikgu Roslinawati.... panggilan dari sekolah nih. Cik kak aku demam lagi. Temperature dia agak tinggi kata cikgu. Ape lagi, aku terus melupakan segala kerja2 ofis sambil berlari-larian ke kereta. Amik aje, terus ke hospital. En. doktor cakap 2 hari lagi kalu still demam datang lagi... emmmhhh en. doktor nih syok betul kalu org gi jumpa dia..... Katanya nak buat blood test. Harap2nya cik kak akan beransur pulih. Insya Allah. Hari nih ngan esok MC. Aku ?? hish tetap bekerja macam biasa. Semangatku tetap membara. Cik Kak?? Hah, duduk ngan mr hubby laa. Boley ler memupuk semangat kasih sayang antara cik kak ngan papa.
Tue ler panggilan emergency pagi nih. Moral of the story, itulah benefit kalau sekolah anak sebelah ofis. Cepat jer sampai!! Hahahaha.... tapi dont worry. Cik kak berada dlm keadaan yang stabil. Dah boleh nyanyi dah..... kira ok laa tuuuuuu!!!
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 4:42 PM 1 comments
Friday, February 27, 2009
Lost and Found...
Semalam semasa aku menjemput cik kak dari sekolah, dari jauh aku tengok begitu melenggang-lenggang jalannya. Aikkk??? Rilek betul si kecik nih. Mana pegi beg sekolah dia....
Bila aku tanya, mana bag sekolah? dengan selamba jawapan nih keluar dari mulutnya... HILANG.... hah???!! baru nak masuk 2 bulan sekolah, bag boleh hilang?? hah mula laaa aku punye temperature enjin naik dgn kadar yg agak pantas. tapi nasib baik aku ada kat perkarangan sekolah, jadinya aku tenangkan diri aku supaya x memalukan diri sendiri.
Lepas tuh aku tanya dia macam mana boleh hilang....explain punye explain .....oooooo baru lah aku paham. bukan hilang occayy. ade budak tertukar bag dgn cik kak aku nih. bag dah sama... ape nak buat. tapi kalau nak ikut logik laaa.... pertukaran itu x seharusnya terjadi sebab bag mangsa (anak aku) masih lagi menyerlah warnanya. Manakala bag si pemangsa telah agak kusam warnanya. maklumlah pemangsa tersebut dah darjah 2. sudah setahun berlalu laa kiranya.
Otak aku ni puas laaa memikirkan, macam mana boleh tertukar bag. tapi bila aku dah penat nak fikir, aku buat kesimpulan simple aje. itulah namanya budak-budak. bukan dia tengok betul2. main angkut jer. x boleh nak salahkan sesiapa pun. tapi, kalau yg chilok tuh darjah 5 ke 6, boleh gak kasik tazkirah sket. tapi darjah 2. alaa2 darjah satu jugak laa tuh.
Jadik, pagi2 lagi aku dgn penuh semangatnya dah tercongok laa depan office sekolah. rupanya habis semua cikgu tahu yg bag anak aku diangkut org lain. laaaa.... glamer betul. tunggu punya tunggu muncul laaa cik adik yg dicari. wahh... x terkata-kata aku kat situ. mmg selamba gile muka dia. aku pun senyum aje sambil menyerahkan bag kepada tuan empunya masing2.
Itulah kisah lost and found aku. hari ni aku ingat nak pegi kat booth yg jahit embroidery tu. Aku nak suruh dia jahit nama cik kak aku besar2, hah aku tampal kat bag sekolah. kalau lepas nih tertukar lagi....emmmm siap sesapa yang amik tuh. aku chomping chop tangan dia. Hahahaha!!
Gurau ajer tuh... aku bukannya sekejam tu. tapi betul..... aku chop.... huhuhuhuh.
p/s: pagi tadi jugak aku dapat news cikgu Roslinawati (class teacher cik kak) kena demam denggi. bila aku tefon, dia dah keluar wad. eeemmm semoga cikgu cepat sembuh yer....belum sempat melawat dah keluar hospital.
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 3:38 PM 0 comments
Tuesday, February 24, 2009
A Trip To Gynae...
Yesterday I went to see my gynae. Well, it's just a follow up after i'd seen her last Thursday. I got the result for the thing i've been checking for. Quite surprising... and just to be 100% corfirmed, doctor told me to go for a blood test. The result will be out in 2 or 3 weeks. They said this test will take a bit longer. I don't know why..
Hopefully everything will be fine. Insya Allah.
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 9:10 PM 0 comments
Monday, February 23, 2009
Air Oren Buat Mama....
Petang tadi agak terlambat aku menjemput anakanda dr sekolah. Maklumlah, lebat sungguh hujan yg turun. Aku still di ofis sewaktu hujan mula menitik. Terdetik dlm hatiku, moga2 anakanda x main hujan hari ini.
Setibanya aku di kawasan sekolah, hujan masih lagi turun. Nasib baik masih ramai lagi budak2 yang x balik. Dgn membawa payong, aku terus mencari anakanda di dalam sekolah. Alhamdulillah, tgh rest dlm kelas rupanya. Alhamdulillah juga, x basah langsung.
Aku pun terus mengangkat beg sekolah yg agak berat bagiku ke dlm boot kereta. Dlm kereta, anakanda cakap ada 'surprise' untuk aku. Tapi aku dah agak biasa dgn 'surprise'nya. Jadi aku hanya senyum sahaja sambil berkata "OK, TQ".
Setibanya dirumah;
Anakanda: Mama, Imaan ada surprise untuk mama...
Aku: Apa yg surprise?
Anakanda: Nah...(sambil menghulurkan sekotak air oren cap Delite)
Aku: Eh!! Sapa yg bagi?
Anakanda: Imaan laaa... Imaan x belanja pun hari ni. Imaan tahan aje. Imaan nak belanja mama air fruits. Ade satu lg air fruits yg sedap tapi harga dia satu ringgit dua puluh sen. Imaan x de dua puluh sen. Jadi Imaan beli yg ini.
Aku: Ooooo.... (x terkata) Imaan x beli ape2 laa untuk imaan hari ni?
Anakanda: x beli ape2 pon. Takpe Imaan dah lama nk belanja mama. Mama happy x?
Aku: Happy sgt. Tq imaan....
Begitulah kisah sekotak air oren. Biasa shj jalan ceritanya. Mungkin bagi org lain cerita ini dah biasa kedengaran agaknya. Tapi bagi aku, seorang ibu yg melahirkan, pemberian itu amat bermakna. Itulah ingatan seorang anak kecil terhadap ibunya. Walaupun air kotak itu tidak sesedap air kotak cap Yeo's tapi pada ptg itu.... itulah air yg tersedap aku rasakan. Anakanda juga begitu gembira melihat aku menyedut air kotak itu seperti x minum satu hari.
Dgn x semena2, air kotak oren cap Delite telah melekat dalam kotak ingatan aku untuk selamanya.
Thank you Imaan for the fruit juice that u bought for me.... I love you, my dear!!
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 9:16 PM 2 comments
Sunday, February 22, 2009
Selamat Pengantin Baru Krisya & Hubby....
Pagi2 lagi di hujung minggu ini, aku dipenuhi dengan macam2 aktiviti. Dari celik mata pagi tadi sampai laa sekarang nih, aku belum berhenti rehat lagi. Tapi dengan penuh semangatnya aku akan cuba untuk siapkan sebanyak yang boleh.
Tengahari tadi aku dan dua lagi sahabatku telah menyempurnakan jemputan kahwin dari salah seorang dari sahabat lamaku semasa di Melaka dulu. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Ramai juga kawan-kawan lama yang hadir. Masing2 aku tengok datang sambil berpimpinan tangan dengan si kecil masing2. Tahniah aku ucapkan kepada Krisya dan suaminya. Semoga jodoh mereka berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Insya Allah.
Cerita selanjutnya nanti aku sambung bila berkesempatan yer. Banyak kerja laa..... bye!!
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 5:50 PM 0 comments
Saturday, February 21, 2009
Rimas....
Dalam kehidupan seharian kita juga kadang kala ke'rimas'an ni boleh datang dan pergi. Kita sebagai orang yang merasainya perlu pandai meng'control' supaya ia tak memakan diri.
Disebabkan ramai yg x pandai nak mengawal perasaan ini laa maka keluar satu artikel dlm Utusan Malaysia minggu lepas yang tajuknya aku pun x ingat. Tapi isi pentingnya ialah, sudah ramai rakyat Malaysia pada hari ini yang ada masalah mental atau skizofrenia. Lebih menyedihkan, mereka yang suffer dr penyakit ni x menyedari tentang kesakitan yg dialaminya.
Oleh itu, apa sahaja jenis ke'rimas'an yg melanda diri kita.... haruslah kita tangani dengan sabar. Banyak2 kan berdoa. Lebih elok juga kalau kita meluahkan apa yang merimaskan sgt tu kpd org yg kita percaya. Tapi kalau x de org yg nak diceritakan...? Bagaimana?
Ada seorang sahabat pernah bagitau kat aku; "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari... Dia datangkan petir dan kilat... kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar... tetapi... rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...".
Insya Allah dgn segala doa yg kita panjatkan kepada-Nya, maka ketenangan akan datang dlm diri kita. Kalau x tenang2 juga, berdoalah lagi dan lagi dan lagi. Ia pasti akan datang. Percayalah.
All Rights Reserved. Copyright (c) Chilli Bubble.
Posted by Che Tee at 3:46 PM 0 comments
Monday, January 5, 2009
Welcome 2009....
Posted by Che Tee at 11:21 AM 0 comments


